Syarikat arak Timah minta tempoh seminggu untuk bincang tukar nama, imej

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Syarikat pengeluar arak jenama Timah bersetuju untuk pertimbang tukar nama dan imej pasa label produk mereka,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, melalui perbincangan yang telah diadakan, syarikat Winepark Corporation (M) Sdn. Bhd. telah memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.

Kata Alexander Nanta, perkara berkenaan adalah antara hasil keputusan yang telah dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan semalam.

” Pertemuan secara hybrid ini diadakan dalam suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara. Pertemuan ini juga merupakan susulan pertemuan pertama yang telah diadakan antara syarikat Winepak (M) Sdn. Bhd. bersama MyIPO pada 25 Oktober 2021,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau, kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap isu jenama Timah pada sebuah produk arak keluaran tempatan yang dibincangkan di media elektronik dan sosial sejak ia dilancarkan pada awal Oktober lalu.

Justeru katanya, satu mesyuarat telah diadakan yang melibatkan beberapa orang menteri dengan syarikat pengeluar arak jenama Timah berkenaan baru-baru ini.

Alexander Nanta telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang turut disertai oleh , Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique. Hadir sama adalah Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA), Abdul Wahid Abu Salim dan Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Abdul Haris Lakar termasuk wakil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga turut hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat