Anwar mahu bawa usul bahas isu ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengutus surat menggesa Perdana Menteri membawa usul perbahasan masalah ekonomi negara apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin depan.

Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob tidak membawa usul berkenaan, Anwar meminta agar beliau diberi laluan membahas isu tersebut selaku Ketua Pembangkang.

“Saya mencadangkan sama ada Kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang untuk mengemukakannya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Dalam suratnya, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata dua isu yang perlu diberi perhatian ialah kenaikan kos barangan dan kejatuhan ringgit.

“Permasalahan yang saya sebutkan di atas teramat memberi kesan kepada rakyat dan negara. Ia perlu ditangani dengan segera,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Ringgit menjunam ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS yang mengalami peningkatan berikutan kenaikan kadar faedah.

Sementara itu, pelbagai faktor termasuk kejatuhan nilai mata wang dan perang di Ukraine telah memberi kesan berpanjangan terhadap harga barang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat