MNO jangan sibuk lobi 5G, fokus pada keperluan dan keselamatan pengguna dulu

- Advertisement -

EMEL PEMBACA:

Isu pelaksanaan rangkaian 5G terus heboh diperkatakan apabila Ketua Asia Pasifik Global System for Mobile Communications Association (GSMA) Julian Gorman mendesak kerajaan supaya membenarkan operator rangkaian mobil (MNO) atau syarikat telekomunikasi (Telko) untuk melancarkan rangkaian 5G mereka sendiri.

Menurutnya, ia adalah untuk merangsang penggunaan teknologi 5G di Malaysia yang dakwanya hanya berada hanya pada tahap 1% berbanding data dikeluarkan Digital Nasional Berhad (DNB) sebanyak 55% liputan setakat 31 Mac lepas. Tambah Gorman lagi, persaingan infrastruktur penting untuk menyuburkan inovasi sekaligus membolehkan Malaysia bersaing dengan negara lain seperti India dan Indonesia.

“Tanpa persaingan, insentif dan motivasi untuk inovasi dan pelaburan bagi meneroka sempadan potensi 5G, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara serantau yang lain,” kata Gorman.

GSMA merupakan kumpulan pelobi yang mewakili kepentingan MNO di seluruh dunia. Ia dianggotai lebih 750 MNO seluruh dunia dan 400 syarikat lain berkaitan dalam ekosistem rangkaian mobil.

Kenyataan terbaru GSMA ini sangat mengecewakan kerana ia dikeluarkan selepas amaran keras Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang beliau tidak akan melayan sebarang usaha melobi menggunakan media untuk menyediakan peralatan rangkaian 5G di Malaysia.

“Saya tak kan melayan lobi daripada kenyataan dibuat, sama ada media di dalam negara ataupun luar, kita tidak akan terkesan dari segi penilaian, perbincangan, penelitian.

“Hentikan, tidak ada lagi melobi melalui media di dalam negara atau luar,” katanya pada ucapan penggulungan bagi Kementerian Komunikasi dan Digital di Dewan Rakyat pada 9 Mac lepas.

Kenyataan Fahmi itu dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin berkaitan laporan dikeluarkan Financial Times bertajuk ‘Huawei fights for a role as Malaysia reviews 5G tender’.

Untuk rekod, Huawei adalah salah satu ahli GSMA yang aktif. Kumpulan pelobi itu turut mengeluarkan kenyataan tentang kerugian mencecah AS$62 bilion sekiranya vendor China diharamkan sepenuhnya di Kesatuan Eropah.

Dalam kejadian terbaru, peserta yang menghadiri Kongres Mobil Dunia 2023 di Barcelona anjuran GSMA mendakwa Huawei mengesan pergerakan mereka sepanjang program menerusi cip yang diletakkan di dalam lanyard dipakai.

MNO di Malaysia turut berdepan dengan masalah prestasi sehingga menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan pendekatan pemborong rangkaian tunggal (SWN) bagi melaksanakan teknologi 5G.

Sebelum ini, semua pelaksanaan rangkaian daripada 2G hingga 4G diberikan kepada MNO. Bagaimanapun, progres pelaksanaan 4G yang bermula pada 2013 berdepan kelewatan berbanding negara lain seperti Korea Selatan yang memulakannya pada masa sama.

Gerak kerja pelaksanaan 4G dan 5G yang bermula lebih kurang serentak disebabkan kelewatan MNO mencapai sasaran menyebabkan pelaksanaan 5G tidak boleh diberikan kepada MNO disebabkan konflik kepentingan.

MNO di Malaysia juga berdepan dengan rekod keselamatan sekuriti yang membimbangkan, dilaporkan yang 73% nombor telefon mudah alih atau hampir 21 juta pengguna di Malaysia dibocorkan kepada sindiket jenayah siber.

Selain itu, harga internet ditawarkan MNO turut dipersoalkan walaupun pelbagai rundingan dibuat kerajaan bagi menawarkan pakej yang lebih murah. Terbaru Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengkritik pakej internet bernilai RM69 sebulan kepada isi rumah B40 yang didakwa masih tidak mampu dimiliki.

Seperti kata bekas ketua pegawai eksekutif DNB Ralph Marshall, bukan DNA telko untuk menyerap kos pembangunan infrastruktur rangkaian tetapi mereka sebaliknya akan memindahkan kos tersebut kepada pengguna.

Fokus utama telko juga adalah keuntungan jangka panjang, menurut Kenanga Research, pelaksanaan 5G dijangka akan terus meningkatkan keuntungan telko walaupun mereka bukan “pemonopoli” yang kontraknya kini diberikan kepada DNB.

Ref:

  1. https://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2023/04/23/let-telcos-launch-own-5g-networks-govt-told/
  2. https://www.malaysiakini.com/news/657998
  3. https://www.businesstoday.com.my/2023/03/09/quit-lobbying-for-5g-contract-through-media-says-fahmi/
  4. https://www.reuters.com/article/us-huawei-europe-gsma-idUSKCN1T80Y3
  5. https://www.digitalnewsasia.com/digital-economy/jendelas-strong-progress-sees-mcmc-winning-world-summit-information-society-prizes
  6. https://techwireasia.com/2023/04/most-cell-phone-numbers-in-malaysia-are-leaked-and-sold-to-scammers-are-telcos-to-be-blamed/
  7. https://www.malaysianow.com/news/2023/02/28/internet-package-for-b40-still-too-pricey-govt-told
  8. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2023/04/25/telcos-to-focus-on-long-term-profitability#openShareModal
  9. https://www.lightreading.com/security/huawei-suspected-of-tracking-mwc23-visitors/d/d-id/783616
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat