Mael XPDC Meninggal Dunia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Penyanyi kumpulan rock terkenal XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, atau lebih dikenali dengan nama Mael meninggal dunia di Hospital Muar, sebentar tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh pengurus mereka, Yazid menerusi Facebooknya.

“Innalillahwainnailahirrajiun. Al-Fatihah penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam ini,” katanya.

Memetik laporan Hmetro, punca kematian belum dapat dipastikan setakat ini.

Portal tersebut yang menghubungi salah seorang anggota kumpulan itu, Zua memberitahu dia belum mendapat maklumat lanjut berhubung punca kematian.

Dia dijangka bertolak ke Muar selepas subuh nanti.

Menurutnya lagi, Mael kebelakangan ini mengalami masalah semput yang agak kuat.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat