Australia Dedah Pesawat Double Six Bawa Lebih Muatan, Juruterbang Tak Cekap Punca Terhempas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laporan yang dinyahklasifikasi Tribunal Rayuan Pentadbiran Australia kelmarin, mendedahkan muatan melebihi had pusat graviti sehingga juruterbang hilang kawalan ketika proses mendarat menjadi punca utama pesawat Sabah Air Nomad terhempas.

Perkara itu berlaku apabila hasil siasatan bersama salah seorang juruterbang syarikat itu mengakui pihaknya tidak pernah mengira muatan dibawa sebelum berlepas sebaliknya hanya mengagak muatan di bahagian bagasi dan jika kelihatan memuaskan, maka mereka akan berlepas.

Ketika disoal mengenai penggunaan carta pemuatan dalam manual penerbangan, juruterbang itu berkata mereka tidak menggunakannya kerana ia terlalu sukar untuk difahami, meskipun semua juruterbang dikehendaki menggunakan carta pemuatan manual penerbangan.

Hasil pemeriksaan bangkai pesawat itu juga mendedahkan, tiada bukti wujud kerosakan sebelum nahas atau kegagalan mana-mana komponen atau struktur yang boleh menyebabkan pesawat itu terhempas, sekali gus membuktikan tiada sabotaj atau konspirasi dalam nahas tersebut.

Namun, di sebalik kesimpulan dibuat pasukan penyiasatan GAF, laporan yang disediakan oleh pemangku ketua pereka, David R. Hooper dan ketua juruterbang ujian, S. G. Pearce mendedahkan lebih banyak kepincangan sepanjang penyiasatan dijalankan antaranya membabitkan juruterbang pesawat tersebut.

Kapten Ghandi Nathan disifatkan sebagai juruterbang tidak mencapai standard dari segi kaedah penerbangan, mengendali enjin pesawat serta gagal mengawal situasi kecemasan dengan baik dalam beberapa situasi simulasi yang dijalaninya.

Ketua Juruterbang Sabah Air, Kapten M. Nadan ketika itu menganggap Ghandi tidak berupaya untuk mengendali pesawat berenjin multi dan disarankan untuk memperoleh pengalaman sebanyak 50 jam mengendali pesawat Nomad sebelum dibenarkan membawa penumpang.

Ghandi juga didapati memadamkan laporan penerbangan daripada failnya, apabila buku lognya mencatatkan lebih banyak pemeriksaan penerbangan (flight checks) yang dilakukannya berbanding laporan ujian penerbangan (flight test report).

Selain itu, laporan itu turut menyatakan wujudnya konflik kepentingan apabila pasukan penyiasat GAF mempunyai hubungan terlalu rapat dengan Jabatan Pengangkutan (DOT), malah salah seorang pegawainya turut berada dalam Lembaga Inkuiri bagi pasukan tersebut.

“Ini kerana semasa siasatan, DOT yang cuba dilihat untuk tidak berat sebelah membuat kenyataan yang mungkin mengimplikasikan kritikan terhadap produk Australia,” katanya.

Justeru, laporan itu mengemukakan beberapa saranan, antaranya menghantar pasukan dengan segera apabila berlaku nahas, memiliki pasukan pakar dalam setiap bidang aeroangkasa, membangunkan sistem pengekodan serta mengeluarkan kenyataan akhbar semasa penyiasatan bagi memastikan sebarang khabar angin dan ke­nyataan palsu dapat diminimumkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat