MB Pahang bongkar Bersatu cuba “curi” MP Cameron Highlands

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membongkar satu cubaan parti Bersatu memujuk Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor supaya lompat parti.

Berucap ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Wan Rosdy berkata beliau mempunyai bukti kukuh berhubung tindakan Bersatu cuba “menjerat” ahli Parlimen itu.

“Sudahlah tidak ikhlas, main kotor pula. Saya ada bukti kukuh, mereka berusaha memujuk dan memikat Ahli Parlimen Cameron Highlands.

“Kita bertungkus-lumus di pilihan raya kecil (PRK) menangkan beliau (Ramli). Tetapi mereka pula nak pikat, hantar khidmat pesanan ringkas hendak berjumpa dan mencadangkan sesuatu ajak berunding.

“Ahli Parlimen Cameron Highlands, ada di sini, tanyalah YB Cameron Highlands. Sampai mereka datang ke rumah, tapi usaha mereka gagal,” kata Wan Rosdy.

Ramli yang juga bekas pegawai kanan polis mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands untuk BN dengan majoriti lebih besar menerusi kemenangan pertama dalam pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan pada 26 Jan 2019.

Calon BN itu juga mencatat sejarah menjadi wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.

Ramli menjadi calon BN pertama yang menang melalui kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, daripada sibuk untuk menjual beli ahli Parlimen adalah lebih baik kerajaan membubarkan Parlimen.

“Timbul isu Bersatu hendak letak Iima calon ahli Parlimen di Pahang, siapakah mereka untuk tentukan kerusi di Pahang?

“Sedangkan satu kerusi pun tak ada. Tidak berunding pula dengan UMNO. Mereka ini tiada keikhlasan dengan kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy menyedari bahawa antara resepi kejayaan sesebuah organisasi politik ialah dengan memberikan keutamaan kepada rakyat

Ujar beliau hal ini kerana setiap tindak tanduk dan prestasi sentiasa dinilai oleh rakyat.

“Sebab itulah, kami sentiasa berusaha memastikan, setiap kelompok rakyat sentiasa didampingi, serta mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Ini termasuklah, melibatkan masyarakat di bandar, di desa, petani, nelayan, peniaga, Orang Asli, masyarakat Felda, anak muda, kakitangan kerajaan, golongan wanita sehinggalah kepada imam dan bilal.

“Pendek kata, kami akan terus menjadi pembela dan jurubicara rakyat di negeri Pahang,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat