“1 Ogos atau tarikh sebelumnya untuk PRU-15” – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 sebulat suara telah memberi kuasa kepada Presiden parti dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya meletakkan garis masa kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan pilihan raya pada ketika tamat tempoh darurat yakni pada 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan menetapkan tarikh tamat tempoh kerajaan ini dan persiapan pilihan raya adalah satu keputusan yang jelas tanpa was-was dan ia telah dipersetujui semua delegasi UMNO sama ada di PWTC dan juga 160 cawangan lain yang bersidang secara maya di seluruh negara.

“Usul penting yang dimuktamadkan PAU 2020 selaku badan tertinggi parti, ia telah dicadang dan diterima sebulat suara untuk bagi kuasa kepada Presiden dan MKT bahawa PRU mesti diadakan apabila tamat darurat pada 1 Ogos atau tarikh sebelumnya.

“Saya, Timbalan Presiden, ketua-ketua sayap dan MKT akan bawa usul sebulat suara ini dalam mesyuarat MKT akan datang oleh kerana PAU badan tertinggi dalam UMNO.

“Telah diputuskan satu dasar bahawa ahli UMNO kena mematuhi sepenuhnya, tak boleh ada dakwa-dakwi,” kata Zahid pada sidang media sejurus tamat PAU 2020, di PWTC, hari ini.

Zahid jelas menyatakan bahawa UMNO tidak berada di persimpangan mengenai keputusan tegas dan konkrit ini.

“Keputusan PAU jelas, bahawa kami telah ambil satu keputusan besar dan ia telah dipersetujui bukan delegasi di PWTC sahaja malah 58 peratus perwakilan yang bersidang di 160 bahagian di seluruh negara secara maya,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain ditanya mengenai desakan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC meninggalkan kerajaan PN, Zahid berkata, perkara itu akan dibincanggkan dalam mesyuarat parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat