“Besar Mana Salah Saya Digantung Sampai 6 Tahun ? – Tun Faisal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan kesalahan yang dilakukannya sehingga terpaksa berdepan hukuman digantung keahliannya selama enam tahun dalam UMNO.

Katanya, beliau benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan akan membuat rayuan berhubung tindaka undang-undang berkenaan.

“Kenapa sampai enam tahun, macam pelik sangat. Datuk Lokman Noor Adam pun kena tiga tahun sahaja, dia dipecat.

“Ada yang digantung atas kesalahan lebih berat termasuk terlibat politik wang tapi kena gantung tak sampai enam tahun, saya sendiri pun tak ada jawapan kenapa lama sangat,” katanya ketika sidang media di PWTC, hari ini.

Dalam perkembangan sama Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa MKT perlu meneliti hujah beliau bukan hanya sekadar bergantung kepada laporan Lembaga Disiplin.

“Saya akan rayu kepada MKT, kerana saya rasa MKT tidak dpt gambaran sebenar kes ini.

“Banyak spekulasi yang dibuat. Pertama kenapa MKT dipilih buat keputusan, sepanjang saya pegang jawatan, MKT tak buat keputusan disiplin dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Saya rasa ramai spekulasi ia ada kaitan untuk berikan sedikit peringatan kepada ahli lain agar tak melawan parti.

“Saya rasa bila dibuat ketika PAU, dia cuba beri gambaran supaya ada ramai ambil perhatian,” jelas Tun Faisal.

Beliau bagaimanapun berkata, pembelaan sudah dilaksanakan dalam keadaan baik dan berdasarkan fakta tapi kenyataan beliau di ambil diluar konteks.

“Konteks aduan ada kecacatan, motif pengadu banyak kecacatan. Waktu MKT buat keputusan dia hanya mengesahkan keputusan dibuat 8 Mac. Waktu itu lembaga disiplin tak direct maklum.

“Sebagai ahli saya berhak merayu. Saya percaya keputusan dibuat ada kekhilafan. Fakta kes tak diteliti secara teliti sebelum endorse keputusan Lembaga Disiplin/MKT meneliti hujahan saya,” katanya.

Jelas beliau apa yang beliau suarakan sebelum ini berupa cadangan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukannya kritikan.

“Saya bagi contoh Timbalan Presiden, Ketua Pemuda pernah desak Presiden berehat.Bila Presiden ambil pandangan itu imej beliau lebih baik, kita menang PRK berturut turut.

“Aduan kes saya ini dibuat bahagian saya sendiri (Putrajaya). . Ini motif berkaitan pemangkuan jawatan jika Datuk Seri Tengku Adnan Mansor didapati bersalah.

“Kalau kata MKT teliti hujah saya, mereka boleh batalkan hukuman yang dikenakan.

“Bagi dua hari saya akan sediakan surat rayuan,” ujar Tun Faisal.

Sebelum ini, Tun Faisal dilaporkan berkata, Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas gerakan untuk membawa UMNO menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat