DAP, Amanah Pilih Anwar Untuk Calon PM Ke-9

- Advertisement -

Kuala Lumpur – DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Kesembilan.

Menerusi kenyataan bersama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Anwar mendapatkan sokongan ahli Parlimen untuk mengambil balik kerajaan.

Kata mereka, sekiranya Presiden PKR itu gagal, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen.

Tambah Guan Eng dan Mohamad, mereka juga tidak bersetuju dengan idea Pakatan Harapan (PH) boleh berunding dengan sesiapa sahaja berbekalkan 91 kerusi, dengan mengesampingkan kumpulan Dr Mahathir dan Warisan.

Menurut dua pemimpin itu, mereka juga tidak bersetuju dengan idea bahawa perubahan boleh berlaku dengan hanya 71 Ahli Parlimen, tanpa penglibatan 38 Ahli Parlimen PKR.

“Kami berpendapat bahawa sama ada Anwar atau Shafie, dengan berbekalkan 109 Ahli Parlimen, sesiapa yang berjaya mendapat angka untuk mencukupkan angka 112 Ahli Parlimen, wajar diberi peluang mengetuai kerajaan gabungan itu nanti sebagai Perdana Menteri,” kata mereka.

Tambah Guan Eng dan Mohamad, mereka tidak bersetuju dengan pandangan untuk kekal sebagai pembangkang dan menunggu pilihan raya umum seterusnya hanya kerana gabungan itu tidak dapat menyelesaikan persoalan calon Perdana Menteri.

“Kami tidak berpendapat begitu. Sebarang formula untuk menang dalam PRU seterusnya secara sendirian sebagai Pakatan Harapan atau tanpa Pakatan Harapan adalah formula yang sukar.

“Hanya Pakatan Harapan Plus yang melibatkan Pakatan Harapan, Warisan dan kumpulan Dr. Mahathir merupakan kombinasi boleh menang dalam PRU akan datang.

“Kekuatan bersama ini mesti menjadi premis asas, bukannya perkumpulan pembangkang yang berpecah-belah dan lemah,” ujar mereka.

Malahan, kata Guan Eng dan Mohamad, pilihan untuk berputus asa daripada menuntut semula kuasa kerajaan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, bahkan membelakangkan pilihan rakyat pada 9 Mei 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat