PRU15: PH Akan Menang Kata Anwar

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Isytihar Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur – Azmin

KOTA TINGGI - Pelaksanaan darurat yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah, terbukti tidak menjejaskan...

Masih Ada Yang Berdegil Cuba Rentas Negeri

KUALA LUMPUR - Biarpun rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masih ada dalam kalangan rakyat negara ini yang...

3,339 Kes Baru Covid-19, Selangor Catat Jangkitan Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Sejumlah 3,339 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Kerajaan Sepatutnya Isytihar Darurat Kesihatan – Mohamad Hasan

CYBERJAYA - Mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut merupakan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan, kata Timbalan Presiden UMNO,...

Kuala Lumpur – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Harapan (PH) akan terus mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, tadbir urus Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan pendirian terkini PAS mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355, akan menjadi penyebab utama kemenangan itu.

Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, beliau berkata, senario terbaik adalah pihak pembangkang memenangi pilihan raya, manakala senario terburuk adalah kebuntuan yang menyaksikan tidak ada satu pun parti mendapati majoriti yang jelas.

Pemerhati politik percaya bahawa gandingan Umno dan PAS di bawah Muafakat Nasional akan memberi mereka kelebihan kerana jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti itu melebihi jumlah sokongan yang dimenangi oleh PH pada pilihan raya 2018.

Anwar berkata: “Ini hanyalah kiraan hipotesis mengenai gabungan undi yang diperoleh oleh kedua-dua parti itu. Tetapi, pilihan raya umum bukan hanya diadakan di Kuala Lumpur atau Kelantan, tetapi di seluruh negara.

Mengenai PN, Anwar berkata, perikatan itu dalam keadaan “celaru” dengan dasar “flip-flop” yang memeningkan pelabur.

Anwar, yang tidak menolak kemungkinan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada akhir tahun ini, berkata, PH harus bersiap sedia dan memulakan proses perundingan kerusi.

Beliau juga menafikan bahawa pertemuannya dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, baru-baru ini adalah untuk membincangkan kemungkinan membentuk pakatan politik.

“Tidak ada pakatan, baik PH atau PH Plus bersama Muhyiddin dan Hamzah. Saya berjumpa Muhyiddin kerana dia adalah perdana menteri manakala saya pula sebagai ketua pembangkang.

“Kami membincangkan mengenai Covid-19 dan saya memintanya untuk membenarkan Dewan Rakyat berdebat rancangan yang kerajaan mahu laksanakan kerana wabak tersebut.

“Ya, kami memang membincangkan kestabilan negara. Tetapi tidak ada perbincangan mengenai pembentukan pakatan baru. Mengapa? Ini kerana saya merasakan bahawa PH masih adalah pilihan yang lebih baik,” kata Anwar dalam wawancara itu.

Pemimpin PKR itu berkata, bahawa beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum dan selepas pertemuan itu berlangsung.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Isytihar Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur – Azmin

KOTA TINGGI - Pelaksanaan darurat yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah, terbukti tidak menjejaskan...

Masih Ada Yang Berdegil Cuba Rentas Negeri

KUALA LUMPUR - Biarpun rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masih ada dalam kalangan rakyat negara ini yang...