Warga Emas Kecewa, 10 Tahun Tiada Penyelesaian Masalah Banjir Di Hulu Langat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang warga emas mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa isu bencana itu di kawasan tersebut ibarat tiada penyelesaian sejak sedekad lalu.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Norima Abdul Hamid, 63, berkata, sepatutnya kerajaan Selangor mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang menangani masalah itu kerana Hulu Langat memang dikenali sebagai kawasan banjir.

Namun menurutnya, pihak berkuasa hanya memberi alasan sama terpaksa melepaskan air empangan jika tidak mahu empangan pecah membuktikan pemimpin negeri itu gagal mencari mekanisme terbaik sebagai jalan penyelesaian masalah banjir.

“Kami tidak diberikan amaran bencana banjir ini terjadi. Kawasan ini kawasan banjir dan setiap kali air naik akan kata terpaksa lepaskan air. Kalau tidak lepas, air empangan akan pecah.

“Sudah lebih 10 tahun macam ini dan kita tidak adakah mekanisme seperti pakar atau saintis untuk atasi isu macam ini.

“Jadi syarikat air negeri gagal untuk untuk tangani isu air dan pembentungan kata ada tapi tiap kali hujan, air naik. Jadi ia tidak efektif dan kita ‘dinyanyikan’ takdir ini ujian, ini kifarah, dosa dan kami sahaja ke yang kena kifarah,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Warga emas itu yang mengalami kerugian kira-kira RM100,000 turut mempersoalkan peranan Jabatan Meteorologi mengenai taburan hujan pada musim tengkujuh dengan membuat mekanisme melepaskan air empangan secara berperingkat lebih awal.

Ujarnya lagi, alasan penduduk akan menjadi panik tidak boleh diterima berbanding berdepan bencana musibah yang merosakkan banyak harta benda.

“Sebab takut kita panik, jadi awak (kerajaan negeri) rela kami kena macam ini (banjir) daripada panik dan masa kejadian, awak yang panik.

“Kerajaan (negeri) perlu bertanggungjawab kerana kita pilih awak serta kita pembayar cukai untuk kerajaan jalan urus tadbir kami dengan baik,” katanya.

Selain itu, Norima turut mengharapkan kerajaan negeri memberi bantuan awal RM5,000 untuk semua mangsa banjir memulakan hidup baharu.

“Kita lantik untuk urus tadbir dan laksana pentadbiran baik serta kuranglah berpolitik. Sekurang-kuranhnya beri kami bantuan tunai RM5,000 kerana jumlah RM1,000 tidak memadai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat