Polis Shah Alam Terima 9,938 Laporan Mangsa Banjir

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sebanyak 9,938 laporan polis berkaitan banjir diterima Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam membabitkan kawasan di bawah pentadbirannya sehingga pukul 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan polis harian terkini diterima pula sebanyak 498.

“Jumlah itu membabitkan mangsa banjir yang membuat laporan bagi memaklumkan kerosakan harta benda seperti peralatan rumah, kerosakan kereta ditenggelami air dan terkandas banjir menyebabkan tidak dapat hadir kerja.

“Keadaan terkini di Daerah Shah Alam terutama di Pekan Sri Muda Seksyen 25 pula bertambah baik, memandangkan keadaan cuaca panas, jalan raya dapat dilalui sepenuhnya semua jenis kenderaan.

“Kebanyakan warga Pekan Sri Muda dan lain-lain kawasan yang terjejas dengan banjir sedang melaksanakan kerja pembersihan di kawasan rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 49 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 290 Pegawai Rendah Polis (PRP) terlibat dengan gotong-royong di Masjid Taman Sri Muda, Sekolah Kebangsaan Sri Muda 2 dan dua kawasan lagi. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat