PM Lawat Kawasan Terjejas Banjir Di Hulu Langat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membuat tinjauan kawasan terjejas banjir di sekitar Hulu Langat, antara kawasan di Selangor yang terjejas teruk dilanda banjir.

Beliau tiba jam 9.50 pagi tadi dan terus meninjau rumah penduduk dan bertanya khabar mereka yang masih lagi bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka yang terjejas banjir, Sabtu lalu, lapor Bernama.

Selain itu, Perdana Menteri kemudiannya meninjau pembersihan surau Al Munir yang difahamkan menjadi ‘penyelamat’ apabila ramai penduduk yang menyelamatkan diri dengan berlindung atas bumbung surau itu dalam kejadian banjir besar pada Sabtu lalu.

Beliau seterusnya ke beberapa lokasi bagi melihat proses gotong-royong pembersihan kawasan taman tersebut oleh sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan terlibat.

Beliau turut melawat kawasan Kampung Dusun Tua yang turut terjejas.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

Terdahulu, semalam sewaktu melawat mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Bentong, Pahang, beliau telah mengarahkan supaya pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada mangsa banjir dipermudahkan.

Tegasnya, pembayaran BWI berjumlah RM1,000 perlu dibayar terus sebelum mangsa-mangsa banjir yang berada di PPS pulang ke rumah masing-masing.

“Bayar terus RM1,000 segera, tak payah isi borang lagi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat