PRN Melaka: Pemuda PH Cadang Kempen ‘Pintu Ke Pintu’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pakatan Harapan Howard Lee Chuan How berpandangan kerajaan wajar mempertimbangkan kaedah berkempen dari rumah ke rumah untuk mendekati pengundi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Katanya, ‘ceramah’ pintu ke pintu boleh dilaksanakan kerana Melaka kini sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan negara sedang menuju ke fasa endemik.

Justeru, beliau berharap, rakyat akan memberi tekanan kepada kerajaan supaya mereka diberi hak untuk mengenali calon mereka dengan lebih dekat.

“Kita tahu di Melaka sudah masuk Fasa 4, rakyat boleh pergi ke restoran, pasar malam, membeli-belah di pasar raya. Tetapi, calon PRN pula tidak boleh pergi pintu ke pintu untuk menyantuni pengundi.

“Pada masa sama, denda dan hukuman (pelanggaran prosedur operasi standard atau SOP) yang dikenakan cukup berat.

“Situasi itu, pada pandangan saya, ada yang wajar dan ada yang tidak waras, sedangkan pilihan raya ini adalah hasil daripada percaturan politik pihak-pihak tertentu, khususnya pihak yang berkuasa,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.

Pada masa sama, Lee turut berpendapat, PRN Melaka tidak seharusnya diadakan ketika negara sedang berdepan pandemik COVID-19.

“Bagi saya, pilihan raya ini sebenarnya tidak perlu. Namun, malangnya ada pihak yang ingin bercatur dan ingin bermain politik pada saat-saat yang genting ketika kita hendak menewaskan pandemik ini,” tambahnya.

Pada Ahad, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan ketetapan baharu kementeriannya (KKM) yang melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya bermula 25 Okt hingga 27 Nov ini.

“SOP PRN hanya terpakai waktu kempen bermula. KKM risau sebelum itu ada banyak majlis politik yang tidak mematuhi SOP,” katanya menerusi Twitter.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat