PRN Melaka: Pembangkang tiada stesen tv untuk kempen, pemerintah ada kelebihan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang tiada stesen televisyen sebaliknya parti pemerintah memiliki kelebihan berkempen untuk memenangi Plihan Raya Neger (PRN) Melaka,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Safuddin Nasution Ismail.

Kata beliau, PKR menyifatkan larangan segala bentuk perhimpunan berkaitan PRN Melaka, menjejaskan pembangkang dan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Saifuddin, berkata peraturan baharu itu mewujudkan peluang tidak sama rata antara parti pembangkang dan kerajaan, sekali gus berisiko menjejaskan peluang kemenangan parti pembangkang dalam PRN Melaka.

“Garis panduan ini sangat jelas, ia akan mewujudkan padang permainan yang tidak sama rata antara parti yang bertanding. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saran calon yang bertanding menggunakan stesen televisyen.

“PKR tiada stesen televisyen. RTM milik kerajaan, dan TV3 adalah stesen swasta. Masa siaran sangat mahal dan di luar keupayaan parti. Jadi, siapa ada kelebihan?

“Tentunya parti kerajaan yang memerintah hari ini, iaitu UMNO, Barisan Nasional (BN) dan gabungannya.

“Ini meletakkan PKR dan pembangkang dalam keadaan lemah, kekurangan dan ini cabaran baharu buat parti. Kini, kami sedang mengumpul seluruh potensi yang arif dalam teknologi maklumat dan media sosial,” katanya memetik BH.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan larangan semua bentuk majlis dan perhimpunan berkaitan PRN Melaka, termasuk pelancaran jentera pilihan raya, berkuat kuasa esok hingga 27 November depan.

Larangan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dibuat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dan peningkatan kes mendadak akibat PRN Melaka.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Khairy mengumumkan larangan itu memandangkan hal ehwal pilihan raya adalah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, KKM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya perlu memberi nasihat dan pandangan kepada SPR, yang akan memutuskan SOP sesuai untuk PRN Melaka.

“Tak perlu ada menteri bercakap soal larangan pilihan raya kerana kita sudah ada SPR. Ini janggal dan tidak wajar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat