PRN Melaka : Bersatu, PAS, Gerakan tanding guna logo PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu, PAS dan Gerakan sepakat sebulat suara untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN)

Pengerus PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat semalam oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas, yang diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan PRN Melaka.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua parti komponen – Bersatu, PAS, Star Sabah, SAPP dan Gerakan. Mesyuarat khas itu secara khusus diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

“Bersatu, PAS dan Gerakan sepakat menawarkan calon dalam pilihan raya dewan undangan negeri Melaka dan menggunakan satu lambang iaitu lambang PN,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Muhyiddin, rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti PN akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa rundingan kerusi PN.

Majlis Tertinggi PN juga, katanya memutuskan semua parti-parti komponen untuk menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing.

Mereka juga diminta menggembleng seluruh tenaga dan upaya bagi memenangi kepercayaan rakyat Melaka agar mencapai kejayaan dalam pilihan raya itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat