Agong beri Speaker lampu hijau ‘ban’ 14 hari wakil rakyat melampau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberikan ‘lampu hijau’ kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk bertindak tegas menghalang (ban) ahli mesyuarat yang melampau batas.

“Suka saya ingatkan bahawa Parlimen ini adalah tempat para penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat semua adalah para penggubalnya.

“Oleh itu, adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat.

“Yang di-Pertua kedua-dua dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) mesti menjalankan tugas dengan tegas untuk memastikan semua ahli masyarakat mematuhi peraturan di sepenjang tempoh persidangan.

“Saya berikan ‘green light’ kepada Speaker untuk ambil tindakan kepada ahli-ahli yang melampau batas boleh kenakan ‘ban’ 14 hari jika ada yang masih degil,” titah baginda ketika Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada Isnin.

Sultan Ibrahim malah mengakui baginda berasa malu dengan sikap dan tindakan wakil-wakil rakyat sebelum ini.

“Saya berharap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh tauladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini.

“Jaga adab dan tata tertib serta gunakan tutur kata yang sopan bukannya memaki hamun orang lain.

“Kalau tengok perangai ahli dewan sebelum ini saya pun rasa malu hendak masuk ke dewan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim merakam ucapan tahniah kepada Perdana Menteri dan barisan anggota pentadbiran kerajaan yang telah mentadbir negara dengan sempurna.

“Pesanan saya sentiasa rasai denyut nadi rakyat kerana menjadi kewajipan kerajaan untuk membela nasib rakyat.

“Saya adalah orang baru di sini dan belum pun sampai satu bulan memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, banyak perkara yang saya kena belajar.

“Ucapan saya hari ini lebih halus kalau dibandingkan dengan ucapan saya di Johor, saya bagi peluang supaya tidak ada yang tersinggung tetapi akan datang harap-harap berjaga-jaga,” titah baginda memberi peringatan.

Sultan Ibrahim menambah, pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah sama seperti Agong yang lepas iaitu mengikut Perlembagaan dasar dan peraturan yang ditetapkan.

“Kedudukan saya di sini adalah bagi menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah raja-raja untuk memastikan kedaulatan tanah air dan kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa terpelihara,” titahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat