Berjaya atau gagal negara bukan hanya terletak di bahu Perdana Menteri – Sultan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kejayaan atau kegagalan negara bukan hanya terletak di bahu Perdana Menteri sahaja tetapi ia adalah tanggungjawab semua 222 ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya wakil rakyat kerajaan dan pembangkang bersatu hati berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat negara ini.

“Di mata saya kejayaan atau kegagalan negara ini bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja tetapi semua 222 ahli Dewan Rakyat yang telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil mereka dalam kerajaan.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak sama ada yang duduk sebelah kanan atau di sebelah kiri marilah kita bersatu hati berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia,” titah Sultan Ibrahim.

Agong sekali lagi menegaskan bahawa keutamaan baginda adalah kesejahteraan hidup rakyat.

“Semua pihak sedia maklum keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana.

“Oleh itu, saya berharap semua ahli Yang Berhormat akan menumpukan usaha untuk membela nasib hidup mereka bukannya untuk kepentingan parti politik atau diri sendiri,” titah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat