Aduan Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasi sebagai NFA – AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh polis berhubung pengaduan oleh Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap Tan Sri Azam Baki bagi kesalahan ugutan jenayah di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.

AGC dalam kenyataan pada Rabu menyatakan, hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan.

“Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action / tiada tindakan lanjut),” kata jabatan itu.

Sebelum itu, Azam yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM dilapor memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor kelmarin, bagi menuntut ganti rugi serta perintah injunksi terhadap Albert Tei.

Saman itu berkaitan penerbitan dan penerbitan semula kenyataan mengenai Azam menerusi paltrform audio siar, YouTube Shorts dan penerbitan dalam talian lain.

Albert Tei baru-baru ini membuat beberapa dakwaan terhadap Azam berkaitan pertikaian dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau antara lain mendakwa diugut, dihalang dan menjadi mangsa apabila cuba mendedahkan skandal rasuah didakwa membabitkan beberapa ahli politik di Sabah.

Polis sedang menyiasat laporan dibuat Albert Tei pada 13 Mei lalu, yang mendakwa berlaku ugutan jenayah membabitkan peguam Azam.

Pada 3 Jun lalu, Azam memberikan keterangan kepada penyiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat