Akreditasi JSM kukuhkan kredibiliti skim makanan organik KKM di peringkat global

Oleh Zihan Zari

SEPANG – Jabatan Standard Malaysia (JSM), agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), memaklumkan dalam kenyataan telah menganugerahkan Akreditasi MS ISO/IEC 17065 bagi Skim Pensijilan Makanan Organik kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarahnya, See Chee Kong berkata penganugerahan ini menandakan pencapaian penting dalam memperkukuh infrastruktur kualiti kebangsaan, sekali gus mengesahkan bahawa kompetensi, operasi dan kesaksamaan PKKM, KKM dalam mengendalikan skim pensijilan produk organik telah mencapai tanda aras antarabangsa.

Menurut beliau akreditasi ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan sistem penilaian pematuhan di Malaysia kekal diyakini, telus dan diiktiraf di peringkat global.

“Melalui akreditasi ini, JSM mengesahkan bahawa PKKM, KKM mempunyai keupayaan teknikal yang kukuh untuk menilai produk makanan organik secara berintegriti.

“Ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem kawal selia kesihatan, malah memberi nilai tambah kepada sektor perdagangan dan industri makanan negara,” katanya.

Katanya lagi, MS ISO/IEC 17065 merupakan standard kebangsaan yang mengguna pakai standard antarabangsa ISO/IEC 17065, bagi menggariskan kriteria ketat terhadap badan yang menjalankan pensijilan produk, proses, dan perkhidmatan.

Ujarnya, melalui pengiktirafan di bawah International Accreditation Forum (IAF) Multilateral Recognition Arrangement (MLA), produk makanan organik Malaysia kini lebih mudah menembusi pasaran antarabangsa, selain mengurangkan halangan teknikal kepada perdagangan (Technical Barriers to Trade, TBT) serta memudahkan proses penerimaan di pasaran eksport.

“Selain itu, pengiktirafan ini turut memberi keyakinan kepada pengguna tempatan untukmemilih produk produk yang dilabel dengan logo organik PKKM, KKM kerana sistem pensijilan disokong oleh rangka kerja akreditasi yang bebas, telus dan tidak berat sebelah, sekali gus menyokong aspirasi negara dalam memperkukuh jaminan makanan dan amalan lestari, ”ujarnya lagi.

Tambahnya, Skim Pensijilan Makanan Organik adalah berasaskan MS 1529, iaitu standard kebangsaan bagi makanan organik berasaskan tumbuhan yang menetapkan keperluan pengeluaran, pemprosesan, pelabelan dan pengendalian produk organik.

“Standard ini turut diselaraskan dengan rujukan serantau dan antarabangsa termasuk ASEAN Standard for Organic Agriculture (ASOA), Codex Alimentarius dan International Federation of Organic Agriculture Movements (IFOAM) bagi memastikan keseragaman dan pengiktirafan di peringkat dunia, ”tambahnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat