E-mel Pembaca: Dari Bidan Terjun Kepada Teraju

- Advertisement -

Sejujurnya, tidak ada sesiapa pernah terfikir bahawa beliau akhirnya menerajui sebuah negara. Tidak ada sesiapa terfikir yang beliau akan mengorak langkah besar dalam mengeluarkan negara dari kemelut Pandemik Covid 19.

Itulah susuk bernama Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Jila setiap jam 5 petang sepanjang negara berada di berada di dalam pandemik, beliau akan muncul di kaca televisyen menerangkan langkah langkah terbaru yang diambil kerajaan. Sebarang SOP terbaru kerajaan akan beliau terangkan satu per satu.

Kemunculan beliau dengan baju bercorak batik setiap petang amat mencuri tumpuan. Tidak ketinggalan “backdrop” helmetnya kerap menjadi usikan. Dari sinilah beliau di gelar Pak Long Mail.

Kemudian, berlaku lagi kemelut politik. Di kalangan bakal calon Perdana Menteri yang berada dalam pilihan kerajaan campuran Perikatan Nasional, namanya boleh dianggap sebagai “underdog”. Namun nasib menyebelahinya dan beliau dipilih menjadi Perdana Menteri dari UMNO, parti yang tumbang pada PRU ke-14 lalu.

Ketika beliau mengambil alih jawatan ini, bukan suatu yang mudah sebenarnya. Selain dari permasalahan serangan Covid 19, keadaan ekonomi Malaysia juga diambang kemusnahan total akibat kebekuan pasaran. Tidak ketinggalan juga beliau juga berhadapan dengan ketidak tentuan keadaan semasa negara dan dunia.

Sehinggakan ada yang menyatakan, beliau tidak akan kekal lama. Andaian ini bersandarkan kepada andaian beliau tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran peringkat tertinggi.

Namun, jika acuannya dari UMNO, sudah tentu ada yang membantunya. Beliau tenang dal menguruskan penularan virus Covid-19 dengan bantuan Menteri Kesihatan pada ketika itu, Khairy Jamaluddin . Beliau tenang menguruskan ekonomi dengan bantuan Tengku Datuk Seri Zafrul selaku Menteri Kewangan.

Sehinggakan Malaysia berjaya menjadi antara negara terpantas melaksanakan imunisasi menyeluruh Vaksin covid 19. Malaysia juga muncul antara negara terpantas memperbaiki ekonominya dan mencatatkan pertumbuhan memberansangkan ekonomi hanya dalam tempoh setahun.

Benar, beliau juga berhadapan tekanan politik dalaman samada dari rakan gabungan kerajaan sendiri mahupun dari dalam UMNO. Namun beliau tidak goyah akan tekanan. Fokus beliau hanya satu. Membangunkan semula Malaysia setelah dua kali cuba dimusnahkan oleh Pakatan Harapan dan virus Covid-19.

Sehinggakan beliau mampu mencapai satu persetujuan bersama antara kerajaan dan pembangkang yang saling berganding bahu mengutamakan rakyat berbanding politik. Persetujuan ini adalah kali pertama dicapai antara kerajaan dan pembangkang sepanjang 65 tahun kemerdekaan negara.

Sebagai Perdana Menteri dari Malaysia yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, beliau jelas sekali cuba memertabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Bukan sekali malah banyak persidangan antarabangsa, beliau tampil berbusana Melayu dengan bertutur dalam bahasa Melayu. Bagi pembencinya termasuk dari dalam UMNO sendiri, mereka mendakwa beliau tidak tahu berbahasa Inggeris dan sekaligus memalukan negara.

Walhal, apa yang beliau lakukan adalah memertabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Selaku pemegang ijazah perundangan, mana mungkin beliau tidak tahu berbahasa Inggeris. Beliau memilih untuk berbahasa Melayu sesuai dengan jiwanya yang amat pekat keMelayuannya.

Sehinggalah detik Dewan Rakyat dibubarkan, beliau boleh dianggap melepasi segala jangkaan awal yang dilakukan oleh kebanyakan pengkritik.

Beliau amat tenang dalam melayan kritikan. Beliau fokus bekerja untuk rakyat. Beliau tidak ambil pusing akan kemelut politik. Malah beliau menampakkan sosok seorang pemimpin yang cukup berkarisma dalam membawa Malaysia kesatu tahap yang amat membanggakan setelah pelbagai ancaman berlaku untuk mengucar kacirkan negara.

Siapa sangka, dari seorang bidan terjun hari ini sudah bertukar menjadi seorang pemimpin yang benar benar “graduate” dari sebuah “universiti” pemimpin bangsa Melayu iaitu UMNO.

Jebat May Kamarul,
Cameron Highlands

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat