Rizky Febian tak rahsia hubungan cinta

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Indonesia, Rizky Febian, 24, memohon doa yang baik-baik daripada peminatnya untuk perancangan membawa hubungan cinta dijalin dengan kekasih juga penyanyi, Mahalini Raharja, 22, ke fasa perkahwinan menjadi kenyataan.

Rizky yang juga anak selebriti terkenal Indonesia, Sule berkata, perancangan untuk ke fasa itu semestinya ada, namun kini mereka mahu mengejar impian masing-masing dalam karier seni dulu.

“Saya cuma mohon doakan saja semoga akan sampai ke tahap itu (perkahwinan). Bagaimanapun, pada ketika ini kami mahu mengejar impian masing-masing dulu.

“Jadi, apapun biar soal itu menjadi rahsia kami walaupun memang ada perancangannya. Mohon didoakan,” katanya.

Rizky juga memaklumkan dia tak pernah membicarakan mengenai perkara itu di Indonesia, namun tidak berselindung hubungan cinta dengan Mahalini yang bukan rahsia dan difahamkan mereka rapat sejak 2018.

Terdahulu, pada Konsert Rizky Febian Live In KL yang mendapat sambutan hangat penonton itu, Rizky turut ditemani Mahalini, bapanya, Sule dan adik-beradik yang sanggup datang ke Kuala Lumpur bagi menyokongnya.

Walaupun pertama kali mengadakan konsert ‘mega’ di Malaysia baru-baru ini, Rizky yang cukup popular menerusi lagu Kesempurnaan Cinta dan Hingga Tua Bersama bersyukur tiketnya ‘sold out’ kurang sejam dijual pada 26 Ogos lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat