Zahid Akui Desak Cepatkan PRU, Bukan Kerana Takut Kes Mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas desakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) disegerakan bukan kerana takut.

Malah katanya, ia sama sekali tidak berkaitan kes mahkamah yang dikenakan terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Saksikan tindakan mahkamah dikenakan ke atas pemimpin BN selepas mereka berkuasa kami harungi dengan tabah. Beranilah kerana benar.

“Kita minta PRU-15 diadakan segera kerana kita tahu apa yang sedang diusahakan oleh lawan untuk memanipulasi fikiran rakyat.

“Mereka sedang mencipta pelbagai naratif untuk memburuk-burukkan pemimpin BN sama seperti mereka lakukan pada PRU-14,” dakwa Zahid dalam kenyataan malam ini.

Pengerusi BN itu berkata, pihak lawannya dalam terdesak sedang menggerakkan segala saki baki ‘kuasa’ yang masih dalam genggaman untuk melancarkan propaganda baharu.

Tegas Zahid, rakyat perlu diselamatkan daripada dikelirukan lagi oleh mereka kerana natijahnya amatlah buruk untuk masa depan negara.

“Kita menyaksikan sudah banyak tahun berlalu sejak 9 Mei 2018 negara berdepan dengan kegagalan demi kegagalan dalam segenap aspek.

“Kita perlu menghentikannya demi kemaslahatan Malaysia. PRU-15 bukan semata-mata tentang BN, tetapi ia adalah demi rakyat dan negara,” seru beliau.

Kenyataan ini bukan retorik kata Zahid, sebaliknya ia adalah kaedah paling berkesan dan berperlembagaan untuk memulihkan negara dan kehidupan masyarakat.

“Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua daripada hasutan mereka sekali lagi,” ucap Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat