Komen Kritik Mahathir ‘Hilang’ Dari FB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak tahan dengan kritikan yang membanjiri laman Facebook Dr Mahathir Mohamad, pengendali laman tersebut mengambil pendekatan memadamkan semua komen negatif yang dilemparkan para penguna media sosial.

Tindakan tersebut dipercayai bagi untuk menunjukkan bekas perdana menteri dua kali itu masih diterima majoriti rakyat.

Perkara yang sama turut dibangkitkan oleh ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak berhubung jawapan balas beliau terhadap kenyataan Mahathir.

“Saya perhatikan jumlah komen di posting PM7 (Mahathir) semalam naik dari 1,000 komen pagi ini ke 4,600 komen tengah hari tadi.

“Tetapi dah turun kembali ke 700 lebih sekarang. Pelik. Masalah teknikal Fesbuk (Facebook) kot ataupun Melayu tak malas,” sindir Najib.

Terdahulu Najib menjawab tulisan Mahathir ‘Stealing Chicken’ di ruangan komen FB berkenaan, namun tidak lama kemudian jawapan tersebut ‘hilang’ tanpa dapat dikesan.

“Saya dah balas kat ruang komen page dia. Tengok dorang padam ke tak,” ujarnya.

Bekas perdana menteri itu membalas tulisan Mahathir dengan menyenaraikan pemberian kontrak kerajaan kepada anak-anak dan kroninya, ketika anggota Parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri.

“Jangan cakap tentang mencuri atau memulangkan kembali ayam. Di bawah anda (Mahathir) seluruh reban diserahkan kepada kroni untuk disembelih,” katanya.

Najib berkata, bertentangan dengan dakwaan Mahathir bahawa anak-anaknya tidak menjalankan perniagaan di Malaysia sehinggalah peletakan jawatannya sebagai perdana menteri keempat pada 2003, namun menurut rekod Mirzan Mahathir membina Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an.

Konsortium itu akhirnya terpaksa menerima ‘bail out’ berjumlah AS$220 juta daripada Petronas melalui Malaysian International Shipping Corporation (MISC) ketika krisis kewangan 1998 melanda. Pemegang saham terbesar MISC adalah Petronas.

Seterusnya pada 1997 pula, anak keempat Mahathir iaitu Mokhzani membeli pegangan dalam Hospital Pantai Group daripada Vincent Tan untuk menjadi pemegang saham terbesar.

Syarikat itu kemudiannya mendapat konsesi Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) serta kontrak pembekalan untuk hospital kerajaan.

Tidak cukup dengan itu syarikat Mokhzani, Kencana Group turut mendapat lesen fabrikasi struktur cari gali di lautan daripada Petronas pada 2002.

Selanjutnya Najib mendedahkan Mahathir ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan telah mengarahkan Telekom Malaysia agar memberikan kontrak bernilai RM214 juta secara runding terus kepada syarikat Opcom milik Mukhriz Mahathir.

Untuk rekod, Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri keempat pada 31 Oktober 2003 tetapi penganugerahan kontrak itu bertarikh 7 Oktober.

Tinjauan SuaraTV mendapati, sejak kebelakangan ini, laman FB Mahathir sering mendapat kecaman dan kritiikan dari majoriti pengguna media sosial, berbanding sebelum pilihanraya umum ke-14.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat