Mahathir Umum Henti Kerjasama Dengan Anwar dan PKR, Cari Jalan lain Jadi PM

‘Semua produksi ‘shooting’ luar ibu kota, balik segera’

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mencadangkan kepada syarikat produksi yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan...

‘Tolong berhenti merendahkan sesiapa!’ – Kavita

Pelakon Kavita Sidhu, 49, mengakui terkilan dan sedih terhadap isu tular mengenai kecantikannya yang dibandingkan dengan pelakon veteran Norlia Ghani, 72. Menurut Kavita, perbandingan yang...

Serba Pantas Dan Lengkap, Ini Dua Sebab Utama Samsung Galaxy S21 Menjadi Buruan Ramai

Setahun dinantikan pengguna, akhirnya pada minggu lalu Samsung telah melancarkan siri terbaru daripada Galaxy S-series iaitu Samsung Galaxy S21. Model yang diperkenalkan ini secara...

Nobita Dan Shizuka Akhirnya Berkahwin, Tapi Tanpa Kehadiran Doraemon?

Tular di media sosial baru-baru ini apabila gambar Nobita dan Shizuka melangsungkan perkahwinan. Gambar itu pastinya mengamit memori bagi mereka yang mengikut rapat siri...

Kim Seon-ho Bakal Kembali Dengan Penampilan Khas Dalam Drama Run On

Ada yang rindu dengan pemegang watak Han Ji-pyeong? Kalau ada, hari ini kami ada berita gembira yang ingin dikongsikan bersama anda! Kim Seon-ho, pelakon kacak...

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) Plus selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak cadangan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Malahan, kata Mahathir, beliau tidak akan lagi menghubungi PKR ataupun Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang mengenai soal kerjasama antara kedua-dua parti.

“Sebaliknya, saya akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah,” kata Mahathir ketika ditemu ramah oleh Sin Chew Daily.

Tegas Mahathir lagi, beliau tidak akan bekerjasama dengan Anwar kerana mendakwa Anwar tidak mahu bekerjasama dengannya.

“Saya perlu cari jalan lain untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkin ada pilihan lain. DAP dan Amanah masih menyokong saya untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Mahathir, PH yang sebelum ini Pakatan Rakyat sudah lama menjadi parti pembangkang kerana gagal mengalahkan Barisan Nasional.

“Pada Pilihan Raya Umum 2008, 2013, mereka tidak dapat mengalahkan BN. Pada PRU14, saya bersama dengan mereka. PH pada masa itu mempunyai sokongan yang kuat daripada pengundi Melayu. Akhirnya PH menang. Sebelum ini, mereka gagal.

“Oleh itu, PH cukup jelas bahawa mereka perlukan undi Melayu. Mereka merasakan saya boleh memberikan undi Melayu kepada mereka kerana parti Bersatu adalah parti Melayu. Parti-parti lain adalah parti berbilang kaum, pengundi Melayu tidak akan menyokong parti berbilang kaum,” katanya.

Mengenai pelawaan Anwar untuk melantik beliau sebagai Menteri Mentor, Mahathir dengan tegas menolaknya.

“Tidak, saya tidak akan menerima jawatan itu,” kata Mahathir.

Mahathir berkata, daripada pengalamannya, beliau tahu tidak ada orang akan mengikut arahan yang diberikan oleh Menteri Mentor ini.

“Pengalaman lama saya ialah ketika saya cuba memberikan nasihat kepada Perdana Menteri, mereka enggan terima dan tidak mengikut arahan saya. Itulah apa yang dilakukan oleh Tun Abdulah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib dan Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perdana Menteri mahu menunjukkan beliau mengawal segala-galanya. Semua pemikiran adalah daripada dia sendiri. Beliau mahu meninggalkan legasi politiknya. Dia tidak akan kata: legasi politik saya adalah datang daripada Mahathir.”

Pada Sabtu lalu, Anwar ketika ditemubual oleh Channel News Asia, memberitahu, beliau terbuka dengan cadangan untuk mewujudkan jawatan khusus untuk Mahathir selepas beliau bersara daripada menjadi perdana menteri.

“Mewujudkan satu peranan khas seperti menteri kanan atau menteri mentor di Singapura tidak akan menjadi ‘masalah’ jika hubungan antara beliau dan Mahathir kekal mesra,” kata Anwar dalam temu ramah itu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Tahan wanita positif Covid-19, 38 polis dikuarantin

KUALA LUMPUR - Seramai 38 anggota polis pelbagai pangkat dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, di menjalani kuarantin di rumah masing-masing selepas Op...

Tabung Covid-19 aktif semula, Selangor potong gaji, ADUN, Exco dan boss GLC

KUALA LUMPUR – Mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Kerajaan Selangor mengaktifkan semula Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 yang sebahagiannya akan dibiayai melalui potongan...

Lepas Tajuddin sah Covid-19, Presiden UMNO jalani ujian calitan

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang menjalani kuarantin selepas menjalani ujian calitan RT-PCR. Beliau melakukan ujian saringan itu selepas Ahli Parlimen...