Gagal Patuh SOP Cegah Covid-19, Kedai Gunting Diarah Tutup

- Advertisement -

Sebuah kedai gunting rambut di Taman Permatang Duyong di Melaka, diarahkan tutup serta-merta malam tadi selepas pemiliknya gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Notis arahan yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah itu turut mengambil kira sikap culas pemilik premis terbabit yang tidak melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas empat pekerjanya yang juga warga India.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri Rahmad Mariman berkata, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah juga berdepan kesukaran memandangkan warga India terbabit yang berusia 30-an hingga 40-an itu, termasuk seorang pengurus, tidak fasih berbahasa Melayu manakala pemilik premis pula berada di Johor Bahru, Johor.

“Kami kesal dengan sikap culas dan ambil ringan segelintir majikan yang tidak mematuhi SOP selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran untuk sektor ini beroperasi semula sejak 10 Jun lalu.

“Malah, pemilik premis ketika dihubungi mengaku empat pekerjanya itu belum menjalani ujian saringan Covid-19.

“Arahan menutup operasi premis ini juga bagi memberi peluang kepada majikan untuk membawa pekerjanya menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengetuai Operasi Khas Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar Duyong di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ismail Ali.

“Notis penutupan ini termaktub di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan peruntukan Sub Seksyen 11(2) akta sama.

“Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri akan melaksanakan operasi pemantauan terhadap premis gunting rambut serta salun kecantikan di negeri ini bagi mengelakkan perkara sama berulang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat