Biarkan Mahathir ‘Mati Kering’ Mengejarkan Angan Kata Blogger PH

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kenyataan bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memutuskan hubungan dengan PKR kerana ingin menjadi perdana menteri semula disifatkan sebagai gila kuasa.

Blogger Pro Pakatan Harapan (PH) Shahbudin Husin berkata kenyataan Mahathir itu jelas membuktikan dirinya seorang yang tamak.

“Pengumuman Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri – buat kali yang ketiga – meskipun tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan PKR, hakikatnya hanya menyerlahkan gila kuasanya bekas Pengerusi Bersatu itu.

“Kata Tun Mahathir, beliau kini tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar dan akan meninggalkan PH Plus kerana Presiden PKR itu sudah tidak mahu bekerjasama dengannya.

“Membaca kenyataan Tun Mahathir ini, tidak ada orang yang tidak geleng kepala dengan sikap dan ketamakannya. Apa lagi yang dimahukannya dalam hidup di dunia ini? soalnya melalui satu muatnaik di laman Facebook pada Rabu.

Shahbudin sebelum ini yang yakin PH mampu merampas semula kerajaan Perikatan Nasional seakan kecewa dengan sikap Mahathir itu.

Ini kerana berdasarkan muatnaik sebelum ini, dia begitu yakin gandingan Mahathir-Anwar mampu menarik sokongan ahli parlimen untuk menyokong PH.

Shahbudin turut menyifatkan sikap Mahathir itu sebagai keras hati dan ‘kedekut’ dengan anaknya sendiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Lagi pula, dengan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, ia sekaligus melorongkan laluan lebih terbuka untuk anaknya sendiri, Mukhriz menapak lebih jauh dalam kerjaya politiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, seterusnya bakal Perdana Menteri suatu hari nanti.

“Malangnya, dengan kekal keras hati untuk menjadi Perdana Menteri juga buat kali ketiga, Tun Mahathir bukan saja menyerlahkah ketamakan kuasa untuk dirinya, bahkan kedekut terhadap anaknya sendiri.

“Sesungguhnya, sukar membayangkan masih ada bapa yang bersikap sedemikian tamak dan kedekut kepada anaknya sendiri,” bidasnya lagi.

Dia turut mengharapkan parti Amanah dan DAP untuk meninggalkan Mahathir dan kembali bersama PKR bagi mengukuhkan PH.

“Yang malang di sini, meskipun telah ditolak oleh Anwar, dalam usahanya untuk mengejar ketamakan menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, Tun Mahathir tetap ingin membawa DAP dan Amanah untuk terus menyokongnya.

“Ini dengan jelas memperlihatkan beliau sekali lagi ingin memecah-belahkan PH dan dengan apa cara sekali pun, tujuan akhirnya ialah ingin menghalang Anwar daripada berpeluang menduduki kerusi Perdana Menteri.

“Maka, DAP dan Amanah tidak harus membuang masa dan berfikir panjang lagi dalam menetapkan pendirian masa depan mereka.

“Lupakan Tun Mahathir dan terus kekal mengukuhkan PH, biarkan saja beliau “mati kering” keseorangan dalam pemburuan angan-angannya yang tak kesampaian,” tulisnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat