500 Pemimpin & Ahli PKR Melaka Keluar Parti

- Advertisement -

MELAKA – Kira-kira 500 orang ahli PKR Melaka membuat pengisytiharan keluar parti Sabtu ini, termasuk beberapa orang pemimpin di peringkat Cabang dan Ranting parti itu.

Sekumpulan pemimpin daripada sayap utama parti itu juga akan menyertai langkah tersebut termasuk dari sayap Angkatan Muda Keadilan(AMK), sayap Wanita dan Srikandi.

Perkara itu disahkan oleh bekas Pengarah Komunikasi dan Strategik AMK Masjid Tanah, Akram Ahmar ketika dihubungi SuaraTV hari ini.

“Kira-kira 500 orang yang akan meninggalkan PKR Sabtu ini. Pengisytiharan akan dibuat dalam satu majlis ringkas yang lokasinya akan diberitahu dalam masa terdekat.

“Mereka terdiri daripada AMK, Wanita dan Srikandi. Ada ahli biasa dan ada yang berjawatan,” katanya kepada SuaraTV.

Langkah itu berikutan pucuk pimpinan parti yang dilatakan sudah lari daripada garis perjuangan asal parti berkenaan yang mahu menegakkan agenda reformasi dalam negara selama ini.

Sebaliknya, agenda reformasi berkenaan telah digantikan dengan ‘zikir’ dan ‘ratib’ memuja Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri semata-mata tanpa membentangkan apa-apa idea pembangunan dan polisi ekonomi baru untuk negara bagi tujuan reformasi.

Justeru menurut Akram, perkara tersebut antara menjadi penyumbang ahli-ahli dan pemimpin di negeri itu hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan di peringkat pusat PKR.

Kepimpinan negeri yang diketuai oleh Datuk Halim Bachik juga menjadi faktor kepada langkah tersebut.

PKR sebelum ini memecat ratusan ahlinya termasuk beberapa orang pemimpin utama yang juga wakil rakyat mewakili parti itu.

Antara wakil rakyat yang dipecat itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Batu Lintang, See Chee How, sementara dua yang digantung keahlian, Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Pemecatan tersebut dibuat kerana pelanggaran disiplin dalam parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat