Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff
Baru-baru ini penulis terbaca mengenai kenyataan Presiden Kemboja, Hun Sen yang mengatakan Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai angkuh kerana menyatakan kebimbangan hubungan Kemboja dan Kerajaan Junta Myanmar.
Hun Sen yang menjadi Perdana Menteri Komboja selama 24 tahun itu juga telah mengadu perkara ini kepada Presiden Indonesia Jokowi.
Pada hemat penulis, apa yang disuarakan oleh Datuk Saifuddin itu bukanlah satu kenyataan angkuh, kerana sekiranya ada pemimpin negara ASEAN yang bertemu dengan pemimpin junta, maka seolah-olah mereka mengiktiraf kerajaan Junta Myanmar.
Junta Myanmar telah mendatangkan banyak masalah kepada negara-negara ASEAN, antaranya adalah lambakan bangsa Rohingya di negara-negara lain.
Mungkin Hun Sen yang telah lebih 2 dekad menjadi Perdana Menteri (walaupun memperolehi jawatan itu dengan cara yang penuh kontroversi), lupa bahawa rampasan kuasa tentera bukanlah amalan yang patut diiktiraf oleh sebuah kerajaan yang mengaku sebagai demokrasi.
Hun Sen juga mungkin tidak pernah disanggah atas setiap perbuatan beliau dinegaranya. Oleh yang demikian apabila ditegur oleh negara luar, ego beliau tercabar.
Walaubagaimanapun, kita harus berbangga dengan Datuk Saifuddin, sebagai seorang pemimpin Melayu Islam, dengan berani telah menegur Hun Sen secara terbuka dan keberanian ini turut mendapat pujian oleh MP Klang (DAP) Charles Santiago.
Hun Sen sepatutnya sedar, perkara yang berlaku di Myanmar boleh sahaja berlaku di Kemboja, sekiranya pihak tentera negara itu mahu berbuat demikian.
Jadi di sini jelas, yang angkuh adalah Hun Sen dan bukannya Saifuddin.