Warga kerja JPM mesti berintegriti, jadi contoh kepada kementerian lain – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) diingatkan supaya bekerja dengan jujur dan berintegriti kerana hampir semua dasar negara tertumpu pada jabatan berkenaan,” tegas Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan mesra buat kakitangan JPM agar perlu menunjukkan contoh yang baik kepada kementerian lain dan rakyat mengenai pelaksanaan dasar kerajaan.

Katanya, kebanyakan dasar kerajaan yang diumumkan berada di bawah punca kuasa JPM termasuk berkaitan dengan ekonomi seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2022, agama dan isu berkaitan Sabah Sarawak.

“Seluruh mata rakyat tertumpu hampir keseluruhannya kepada JPM kerana perkara berkaitan dengan negara dan rakyat terutama isu dasar, adalah di bawah JPM.

“Saya harapkan sokongan dan kerja keras semua pihak di JPM… dari pegawai, pemimpin dan kakitangan keseluruhannya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada warga JPM, di Putrajaya, pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat