Hamparan lautan biru

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

PANDANGAN dari jendela pesawat, hamparan lautan yang biru kehijauan dicorak titik-titik kepulauan kecil Maldives bagaikan mencabar kesabaran penulis untuk menjejakkan kaki ke sana.

Usai urusan di lapangan terbang, penulis bingkas menuju dermaga bot laju bersebelahan untuk ke Pulau Maafushi, sebuah pulau awam yang sering menjadi tumpuan pelancong yang menginginkan percutian secara bajet.

Perjalanan ke Maafushi dengan bot laju mengambil masa kira-kira 45 minit.

Urusan pembelian tiket pula dilakukan atas talian beberapa minggu sebelum penerbangan, sangat memudahkan urusan kerana tidak perlu berebut-rebut di jeti.

Cuma pastikan sampai di jeti awal kerana bot laju bergerak tepat pada masa.

Sepanjang perjalanan ke Maafushi, bot penulis melalui beberapa pulau lain yang juga pulau persendirian.

Di sini baru penulis tahu di Maldives ada dua jenis pulau.

PENULIS bersama teman menikmati terbenamnya sang mentari ketika aktiviti ‘Stand Up Paddle Board’.
PENULIS bersama teman menikmati terbenamnya sang mentari ketika aktiviti ‘Stand Up Paddle Board’.

Pertama, pulau awam di mana terdapat penduduk tinggal dan kedua, pulau persendirian selalunya dimiliki resort terkemuka.

Setibanya di Maafushi, penulis terus menuju penginapan yang sudah ditempah ditemani staf yang menunggu di jeti.

Pulau Maafushi tidak begitu luas kerana boleh berjalan merentasinya dalam masa sekitar 15 minit sahaja.

Hampir keseluruhan penduduk asal di sini beragama Islam dan terdapat masjid serta surau di mana-mana.

Penulis mengambil kesempatan tiba pada Jumaat untuk bersolat Jumaat berjemaah di masjid berhampiran, sekali gus berpeluang mengenali budaya penduduk di sini dengan lebih dekat.

Selepas selesai solat, penulis mencari tempat untuk makan tengah hari.

DERETAN villa atas air berlatarbelakangkan mentari pagi.
DERETAN villa atas air berlatarbelakangkan mentari pagi.

Makanan halal sangat senang didapati kerana kebanyakan pengusaha makanan juga beragama Islam.

Namun perlu diingat, harga makanan di kebanyakan kedai adalah berdasarkan US Dollar.

Di sebelah petang, penulis mengambil peluang berjalan di sekitar Pulau Maafushi.

Terdapat banyak hotel, deretan kedai makan dan kedai cenderamata, di samping rumah penduduk tempatan.

Tiada jalan berturap untuk kegunaan kenderaan bermotor.

Hanya laluan untuk berjalan dan sekali-sekala kelihatan motosikal melintasi.

Terdapat beberapa kawasan pantai awam dan satu pantai yang dikhaskan untuk pelancong yang mahu berbikini.

HASIL tangkapan ketika aktiviti ‘night fishing’.
HASIL tangkapan ketika aktiviti ‘night fishing’.

Di pantai awam, pelancong didenda jika berpakaian sedemikian.

Pasir pantai yang halus bak hamparan permaidani putih bersama kejernihan air laut membiru disertai tiupan lembut bayu laut dan lambaian pohon kelapa menyebabkan penulis leka serta lupa mengenai hal lain.

Sebagai pembuka aktiviti di Maldives, penulis mencuba satu aktiviti yang asing bagi penulis sendiri iaitu ‘night fishing.’

Pakej ini boleh diambil daripada kebanyakan hotel di Maafushi.

Peserta yang ingin menyertainya dikehendaki berkumpul di hotel sekitar jam 5 petang dan dibawa menaiki bot yang dikhaskan.

Uniknya pengalaman ‘night fishing’ ini kerana penulis tidak menggunakan kayu pancing seperti kebiasaan, tetapi semua peserta diberi segelung tali nilon bersaiz yang mempunyai pemberat dan sudah diletakkan umpan, kemudian tali nilon dilepaskan perlahan-lahan sehingga terasa pemberat sudah tidak menarik tali.

Cuma perlu menunggu ada rentapan sebelum tali yang dilepaskan tadi boleh digulung untuk menaikkan hasil tangkapan.

Seronok juga, tapi penat menggulung tali yang kadang-kadang boleh mencapai kedalaman lebih dari 20 meter bergantung pada lubuk ikan dipilih tekong bot.

Lebih seronok apabila terdengar jeritan gembira teman yang mendapat hasil.

Hasil tangkapan dibawa balik dan dimasak untuk makan malam di hotel, semuanya ditanggung dalam pakej.

Hari kedua, penulis tertarik untuk mencuba pakej ‘Nurse Shark Excursion.’

Berbekal bayaran USD50 (kira-kira RM210) seorang, peserta dapat merasai pengalaman melihat kumpulan ikan lumba-lumba di tengah lautan, melihat ikan pari gergasi di persisiran pantai Pulau Fulidhoo, snorkeling bersama penyu serta beristirahat atas beting pasir di tengah lautan dengan pemandangan lautan saujana luas mata memandang.

Kemuncak aktiviti ini adalah dapat merasai pengalaman berenang bersama spesies ikan jerung yang dikenali sebagai ‘Nurse Shark.’

SALAH satu daripada beberapa kolam renang di resort di Pulau Meeru.
SALAH satu daripada beberapa kolam renang di resort di Pulau Meeru.

Bersaiz purata tiga meter untuk ikan dewasa, pengalaman berenang sambil dikelilingi hampir 20 ikan ini adalah sangat tidak ternilai.

Hidupan laut itu adalah jenis pemangsa yang kebiasaannya menjadikan ikan kecil dan invertebrata lain di dasar lautan sebagai santapan.

Ikan ini juga kelihatan tidak agresif dan seakan-akan sudah lali dengan kehadiran ramai manusia di sekitarnya.

Penulis juga sempat mencuba sejenis sukan air dikenali sebagai ‘Stand Up Paddle Board.’

Untuk bermain sukan ini, peluncur perlu berdiri atas sebuah papan seakan-akan papan luncur air bersama sebilah dayung yang digunakan untuk mengemudi arah.

Keseimbangan badan adalah kunci penting untuk memahirkan diri dengan sukan ini.

Sesekali terjatuh juga ke laut akibat hilang imbangan dipukul ombak kecil, lalu merangkak kembali ke atas papan luncur.

Ia satu pengalaman yang sangat menarik!

Petikan daripada beberapa laman blog yang penulis temui ketika mencari maklumat ke Maldives yang berbunyi seakan-akan ‘tidaklah sampai seseorang itu ke Maldives selagi tidak menginap di resort di pulau persendirian.’

Oleh kerana pulau persendirian hanya boleh dijejaki menggunakan pengangkutan resort sahaja, penulis meninggalkan Pulau Maafushi untuk ke lapangan terbang sebelum dijemput bot laju resort untuk ke Pulau Meeru yang terletak sejam perjalanan ke utara ibu kota Maldives, Male.

Seluruh pulau adalah sebuah resort, walaupun caj pakej ‘full-board’ mencecah empat angka untuk seorang bagi satu malam penginapan, pengalaman menginap di vila atas air di Pulau Meeru tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Pemandangan dan suasana pulau dan pantai yang jauh lebih indah berbanding pulau awam, ketibaan penulis disambut mesra dan meriah dengan alunan gendang dan nyanyian oleh staf resort sehingga merasakan seperti syurga dunia itu memang wujud!

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...