Pawagam pandu masuk tarik peminat tersendiri

Malaysia Terima Bantuan Peralatan Perubatan RM19 Juta Dari Kerajaan Jepun – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik Covid-19. Menteri Kesihatan,...

Pemuda UMNO Merbok Harap Penutupan Jambatan Semeling Di Tarik Balik

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan penutupan Jambatan Semeling oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

18 Kematian Akibat Covid-19, Rekod Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes. Ketua...

Malaysia rasmi sokong haram senjata nuklear

KUALA LUMPUR- Hari ini 22 Januari Malaysia menyokong sepenuhnya penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (#TPNW). Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tiada...

KUALA LUMPUR: Pembukaan panggung wayang pandu masuk, Casuarina Sini-Drive di Downtown Meru, Ipoh, Perak, bulan lalu, menarik minat ramai pencinta filem.

Ketika rakyat menyesuaikan diri dengan norma baharu berikutan pandemik COVID-19, pembukaan pawagam ‘drive through’ menjadi suatu tarikan, biarpun ada pihak berpendapat, kemudahan seumpama itu bersifat semusim dan tidak kekal.

Ketika ramai teruja mencuba, ada pihak enggan membazir wang, malah, tidak nampak keseronokan menonton filem dari dalam kereta yang sempit, berbanding keselesaan menonton filem atas talian sambil berbaring di sofa di rumah.

Jika penduduk Ipoh boleh mencuba panggung wayang pandu masuk yang diusahakan Perak Corporation Berhad (PCB), di ibu negara, Panggung Wayang Pandu Masuk Nescafe M-Junction beroperasi di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang, sejak 29 Julai lalu.

Mengulas inisiatif diambil dua pengendali pawagam pandu masuk terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata pihaknya menyambut baik pembukaan kemudahan seumpama itu yang dianggap projek kreatif dalam merancakkan industri filem.

“Mengenai pembukaan panggung wayang pandu masuk, saya tidak risaukan soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana tontonan adalah dari dalam kereta.

“Saya percaya ketika ini, masyarakat sudah peka dengan soal keselamatan diri. Soal kemudahan ini bermusim atau tidak, bukanlah perlu diperbesarkan, malah, hakikatnya sangat subjektif.

Panggung Wayang Pandu Masuk Nescafe M-Junction di MATIC, Jalan Ampang, dirasmikan akhir bulan lalu. Foto Ihsan Panggung Wayang Pandu Masuk Nescafe M-Junction
Panggung Wayang Pandu Masuk Nescafe M-Junction di MATIC, Jalan Ampang, dirasmikan akhir bulan lalu. Foto Ihsan Panggung Wayang Pandu Masuk Nescafe M-Junction

“Apa yang lebih utama, kami di FINAS sentiasa terbuka dan menyokong apa sahaja inisiatif yang diambil oleh pemain industri kreatif tempatan,” katanya kepada BH Online.

Ahmad Idham berkata, pengusaha mana-mana perniagaan pasti terdedah dengan pelbagai risiko dalam pelaburan dibuat.

“Namun, dalam soal kemudahan pawagam pandu masuk ini, pengalaman menonton filem melalui kaedah ini harus dirasai semua.

“Ada keseronokan dan keghairahan menonton wayang melalui cara begini. Apatah lagi menonton wayang dengan bertemankan pemandangan indah Menara Berkembar Petronas KLCC dan Menara Kuala Lumpur pada waktu malam,” katanya yang turut hadir pada majlis pelancaran Panggung Wayang Pandu Masuk Nescafe M-Junction pada 29 Julai lalu.

Ketika itu, filem Hollywood Legacy Of Lies dipilih sebagai pembuka tirai tayangan.

Baru-baru ini, BH Online berpeluang meninjau Panggung Wayang Pandu Masuk Nescafe M-Junction di MATIC yang beroperasi di tapak berkenaan selama tiga bulan.

Projek ini adalah hasil kerjasama syarikat pengurusan acara, TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia.

Pemerhatian dibuat mendapati tapak berkenaan boleh memuatkan 50 kenderaan pada satu slot tayangan di mana pelanggan menonton filem melalui layar LED berukuran 4 meter x 9 meter yang ditegakkan di hadapan barisan kenderaan.

Mematuhi prosedur operasi standard (SOP), hanya dua penonton dibenarkan berada dalam sebuah kereta dengan suhu mereka diambil sebelum memasuki premis.

Malah, bagi mengurangkan risiko kontak dan kesesakan laluan, pembayaran tanpa tunai secara online disediakan dengan makanan dan minuman dihantar terus ke kereta penonton.

Pengarah TwoSpicy Entertainment Live, Arvin Randahwa, berkata sektor pengurusan acara, industri hiburan dan pelancongan terjejas teruk akibat penularan COVID-19.

“Demi menyelamatkan pekerjaan dan menjana ekonomi, kami memutuskan mencipta semula produk agar sesuai dengan norma baharu.

“Kita juga membuka peluang pekerjaan melalui operasi pawagam pandu masuk ini,” katanya,

Sementara itu, Pengarah MD Events Asia, Jack Gill, berkata pihaknya mengamalkan langkah kebersihan dan peraturan keselamatan yang ketat. Malah, brosur mengenai perkara yang boleh dilakukan dan ditegah, diedarkan kepada penonton.

“Sebagai penganjur acara yang bertanggungjawab, fokus kami adalah untuk memastikan pelanggan selamat.

“Kami juga mahu memastikan mereka melalui pengalaman yang baik ketika menonton filem di premis ini. Sebelum tayangan filem, penonton diberi peringatan apa yang boleh dilakukan dan sebaliknya,” katanya.

Jack berkata, pihaknya juga menyokong pengurangan pelepasan karbon dioksida dengan membekalkan setiap kereta pembesar suara dan kipas mudah alih yang boleh dicas semula.

“Penganjur menggalakkan penonton mematikan enjin kereta dan penyaman udara sepanjang tayangan filem sebagai simbol komitmen kepada bumi.

“Fakta dan angka berkaitan pemanasan global juga ditayangkan sebelum filem bermula untuk meningkatkan kesedaran ramai mengenai isu itu,” katanya.

Ketika tinjauan BH Online, beberapa artis seperti pelakon Tiz Zaqyah dan penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz kebetulan menjadi antara pelanggan yang menikmati kemudahan itu.

Azira memberitahu, pengalaman menonton wayang melalui konsep pandu masuk cukup menyenangkan dan selesa.

“Kita hanya duduk dalam kereta. Pekerja juga sangat efisien. Mereka sediakan semua untuk kita. Hendak makan boleh pesan atas talian dan dihantar ke kereta,” katanya.

Sementara itu, Tiz Zaqyah berpendapat pengalaman menggunakan kemudahan pawagam ‘drive through’ tidak sepatutnya dilepaskan.

“Ini suatu perkara baharu bagi saya untuk dicuba. Selama ini, kita hanya tahu mengenai pawagam pandu melalui pembacaan dan tontonan, sekarang kita dapat rasa sendiri.

“Namun, biar apa pun, SOP perlu dipatuhi,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

realme Lancar Watch S Pro, Jam Tangan Pintar Yang Ranggi Dan Praktikal

Mulai memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan telefon pintar berbaloi dan mampu milik, realme kini nampaknya semakin melebarkan jaringan produk yang ditawarkan dengan penawaran jam...

Bermula Hari Ini, Burger King Malaysia Mahu Beri 5 Unit PlayStation 5 Buat Para Pelanggan

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba, Burger King bakal memberikan peluang untuk anda menangi PlayStation 5 (PS5) secara percuma. Bukan 1 tapi 5 unit...

Wawa Zainal, tiga anak negatif Covid-19

Kuala Lumpur: Pelakon, Wawa Zainal bersyukur apabila ujian saringan Covid-19 bersama tiga anaknya disahkan negatif, hari ini. Wawa berkata, keputusan itu diperoleh selepas membuat ujian...