Dewan Rakyat: Anwar ‘Naik Angin’ Dengan Shahidan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik angin apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memintanya memohon maaf kerana pembangkang menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.

Beliau yang sedang membahaskan (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) 2020 dengan nada marah menyifatkan Shahidan bukan sahaja terlepas malah tidak menumpukan sepenuhnya perbahasan beliau tetapi mencelah dengan soalan yang ‘lari’ dari maksud asal, iaitu kenapa pembangkang menolak RUU Perbekalan 2020.

“Arau ini (Shahidan) cara dia mencelah tu, betul tetapi dia tidak dengar habis perbahasan saya (sokong) RUU Covid-19 dan nak samakan dengan (penolakan pembangkang) RUU Perbekalan 2020. Ini masalahnya.

“Kita (pembangkang) bantah (RUU Perbekalan) sebab dalam keadaan kemelut, patut kementerian dikurangkan, tumpu bantu rakyat. Rakyat menganggur ada satu juta orang lebih.

“Yang kamu kira (minta pembangkang sokong) hendak bagi orang besar mengkedarah (makan) wang lebih, ini yang kita bantah,” katanya ketika membahaskan RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) 2020 di Parlimen hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memberi jaminan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bahawa pembangkang akan menyokong RUU Covid-19 malah minta kerajaan menambah dana untuk mengurangkan beban rakyat.

“Bagi faham yang ini dahulu, yang lain YB Arau jangan bimbang, RUU Covid-19 dan pakej rangsangan ini, kita sokong malah kita minta tambah untuk mengurangkan beban rakyat.

“Untuk masalah pembangunan, kita sedia bantu dan sokong kerajaan. Kalau pun kerajaan nak tambah peruntukan dana pasca Covid-19, kita sanggup sokong tapi janganlah sokong membawa rebah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat