YouTuber sambut baik prinsip kebebasan media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Personaliti alam maya termasuk YouTuber menyambut baik jaminan kerajaan kekal mendukung prinsip kebebasan media dan hak individu di media sosial.

Generasi muda yang aktif memuat naik kandungan kreatif dan menjana pendapatan, menarik nafas lega selepas kekeliruan berhubung isu permohonan Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) diselesaikan.

YouTuber popular, Jaa Suzuran, berkata, langkah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak mengeluarkan arahan berhubung permohonan Lesen Pengeluaran Filem dan SPP amat wajar.

“Saya sokong 100 peratus tidak perlu lesen untuk berkarya di YouTube. Ini sesuatu yang wajar dan tidak perlu dijadikan polemik.

“Semalam, ketika isu ini hangat diperkatakan, saya jadi bimbang dan resah mengenangkan nasib kami yang memilih medium YouTube untuk berkongsi bakat.

“Apatah lagi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia media sosial pasti terasa beban,” katanya kepada BH.

Jaa Suzuran berkata, bakat pengguna media sosial perlu dikongsi tanpa batasan dan sempadan.

Norreen menganggap Generasi Z perlu mengambil peluang di depan mata dalam ledakan teknologi digital sekarang. Foto IG Norreen Iman Abdullah
Norreen menganggap Generasi Z perlu mengambil peluang di depan mata dalam ledakan teknologi digital sekarang. Foto IG Norreen Iman Abdullah

Seorang lagi YouTuber, Norreen Iman Abdullah mengaku terkejut dengan berita konon personaliti media sosial perlu memohon lesen FINAS.

“Kami ada potensi untuk berkarya dan menjadi insan kreatif. Inilah masa Generasi Z merebut peluang di depan mata untuk masa depan yang lebih baik.

“Jadi, seharusnya, penghasilan kandungan kreatif dalam media sosial tidak disekat. Kami terima berita ini dengan penuh kesyukuran,” katanya.

Sofyank yakin personaliti media sosial dan YouTuber akan lebih kreatif dengan kebebasan berkarya yang diberi kerajaan. Foto IG Sofyank
Sofyank yakin personaliti media sosial dan YouTuber akan lebih kreatif dengan kebebasan berkarya yang diberi kerajaan. Foto IG Sofyank

Sementara itu, Sofyank atau nama penuh, Mohamad Sofian Abdullah percaya kebebasan diberi membuka peluang kepada semua pengguna media sosial untuk menyerlahkan kreativiti.

“Sebagai salah seorang pembekal kandungan, apabila pengumuman tidak perlu memohon lesen berkarya di media sosial dibuat, ia cukup menggembirakan.

“Selama ini, medium inilah yang kami ada untuk berkongsi ilmu, kreativiti, skil, gaya hidup dan meneroka perkara baharu.

“Misalnya, aplikasi TikTok sangat membantu dalam menyampai dan menyebarkan maklumat, kreativiti dan idea dengan kadar tontonan tinggi,” katanya.

BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat