Realme C15 Dilancarkan 28 Julai Ini Dengan Bateri 6,000 mAh, Pengecas 18W

- Advertisement -

Di Malaysia, Realme C11 baru sahaja berlabuh dipasaran pada 7 Julai yang lalu dengan harga jualan RM429. Terbaru, satu lagi model baru dari siri C iaitu Realme C15 akan dilancarkan pada 28 Julai untuk pasaran Indonesia. Untuk pasaran Malaysia dijangka hadir kemudian.

Untuk spesifikasi Realme C15, ia bakal hadir dengan bateri 6000 mAh dengan sokongan pengecasan 18W, pengimbas cap jari di belakang, dan dilengkapi dengan empat kamera utama. Dua pilihan warna akan ditawarkan iaitu biru dan silver.

Buat masa ini, tidak banyk spesifikasi yang didedahkan, namun peranti ini dikatakan akan dikuasakan oleh chipset MediaTek seperti model Realme C11 dan menggunakan 4GB RAM.

Mesra Mobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat