Ismail Sabri dan Tun M bakal berucap di Persidangan ke-27 Nikkei

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejarah diplomatik bakal dilakar apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berucap pada Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo, masing-masing pada 25 Mei dan 26 Mei.

Ini adalah penampilan pertama Ismail Sabri di persidangan itu yang dianjurkan setiap tahun oleh gergasi perniagaan Jepun.

Sebaliknya, Dr Mahathir, 96, kerap kali hadir sejak persidangan Nikkei sulung pada 1995.

Persidangan tahun ini bertemakan bertemakan “Redefining Asia’s Role in a Divided World.” atau “Mentakrifkan Semula Peranan Asia dalam Dunia yang Terbahagi”.

Penceramah lain termasuk Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha, Presiden Sri Lanka Gotobaya Rajapaksa, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Presiden Laos Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wazed.

Ismail Sabri tiba di Jepun semalam, bagi memulakan lawatan rasmi pertamanya ke negara matahari terbit itu.

Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu Oktober lalu dalam lawatannya ini.

Ismail Sabri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Richard Riot Jaem.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan itu mencerminkan kepentingan hubungan Malaysia-Jepun kerana kedua-dua negara memperingati ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik dan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) tahun ini.

Pada 2021, Jepun adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan kira-kira RM149 bilion. Sehingga 2021, Jepun adalah pelabur asing ketiga terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan bagi projek dilaksanakan bernilai kira-kira RM90.9 bilion.

Wisma Putra berkata, Malaysia dan Jepun akan menandatangani memorandum kerjasama dalam tiga bidang membabitkan industri pesawat udara, pekerja mahir, serta belia dan sukan ketika lawatan itu.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat