Tuanku Nadzaruddin berkenan mencemar duli ke Luak Jelebu, tunaikan solat Jumaat bersama rakyat

JELEBU – DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, Tuanku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar hari ini berkenan mencemar duli ke Luak Jelebu dalam rangka lawatan rasmi baginda ke daerah tersebut.

Selepas itu, baginda berangkat ke masjid bagi menunaikan Solat Jumaat bersama jemaah setempat. Seusai solat, baginda turut berkenan menyempurnakan acara penyampaian sumbangan kepada penerima yang telah dikenal pasti.

Pada sebelah petang, Tuanku Nadzaruddin berangkat ke Kediaman Rasmi YTM Undang Luak Jelebu untuk santapan tengah hari sebelum berangkat pulang pada jam 2.40 petang.

Keberangkatan baginda mencerminkan hubungan erat antara institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan Luak-Luak yang menjadi teras sistem pemerintahan beradat Negeri Sembilan serta memberi peluang kepada rakyat setempat mendekati baginda secara lebih dekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat