DBP kemuka empat strategi martabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggariskan empat strategi utama bagi gerak kerja dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ia membabitkan pembentukan bahasa Melayu supranasional, pemerkayaan khazanah ilmu dan sastera berbahasa Melayu, kerjasama dalam penyelidikan serta pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui badan penyelaras.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan, berkata perihal taraf, kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau antarabangsa sudah menjadi fakta dalam sejarah perkembangan serta kebangkitan tamadun Melayu, sejak zaman Sriwijaya pada abad ketujuh masihi.

Namun, katanya, kesan penjajahan memadamkan sebahagian kegemilangan bahasa Melayu, selain keupayaan menggemilangkan semula sebagai bahasa dunia memerlukan perancangan rapi dan berkesan biarpun bagi suatu tempoh yang panjang dan beransur-ansur.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah DBP berkata, keampuhan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan dan dalam bidang persuratan adalah bukti jelas wujudnya konsep bahasa Melayu supranasional, iaitu melampaui batas negara di Kepulauan Melayu.

“Bahasa Melayu mencapai taraf bahasa supranasional, diduga sejak zaman Sriwijaya dan secara jelas dalam zaman kesultanan Melayu. Bahasa Melayu menjadi wahana bidang tamadun alam Melayu, merentas wilayah dan etnik yang ratusan jumlahnya.

“Ia seperti yang tertampil dalam manuskrip Melayu lama dalam bidang keagamaan, undang-undang, ketatanegaraan, sastera. Kenyataan wujudnya dia varian utama dan langkah membentuk keadaan saling memahami.

“Dalam zaman baharu, pembentukan bahasa Melayu supta diupayakan melalui kerjasama kebahasaan terutama Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM),” katanya memetik BH.

Awang yang juga Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata demikian ketika Ucaptama Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu: Mengangkat Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN dan Antarabangsa pada Isnin.

Mengenai strategi pemerkayaan khazanah ilmu dan sastera berbahasa Melayu, Awang berkata, pemetaan bidang ilmu berdasarkan anatomi ilmu sejagat dan mengenal pasti bidang keutamaan, membabitkan pembinaan judul berpakej bagi setiap bidang dan subbidang, penulisan dan penerbitannya.

Beliau berkata, pemanfaatan sumber ilmu dan maklumat tersedia untuk disaring bagi penerbitan serta teknologi dalam pengembangan ilmu dan sastera Melayu melalui portal, aplikasi dan produk elektronik dengan peranan MABBIM dan MABM dalam pengayaan khazanah ilmu berbahasa Melayu serantau dan antarabangsa.

Selain itu, katanya, kerjasama dalam penyelidikan perlu dibuat melalui pemetaan dan pelaksanaan bidang penyelidikan serta penerbitan linguistik, sastera, budaya, etnosains dan etnoteknologi, sejarah serta arkeologi alam Melayu serta bidang semasa.

“Perhatian perlu diberi bagi kerjasama dalam penyelidikan bahasa. Memang terlalu banyak dapat diusahakan dalam bisang ini. Namun, supaya ada arah kerjasama jelas dan berfokus, saranan supaya perhatian diberikan kepada penyelidikan mengisi Projek Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu dimulakan DBP, pada 1985.

“Strategi keempat ialah pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui badan penyelaras melalui pengaktifan MABM untuk menyelaraskan kegiatan pengantarabangsaan, iaitu pengurusan dan pentadbiran, program atau aktiviti penggalakan.

“Pengajaran atau penataran bahasa Melayu, program pengajian alam Melayu, kerjasama antara negara anggota serta dukungan kewangan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat