Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO kacau-bilau sehingga kononnya hendak tolak kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sebaik saja darurat tamat,” dakwa tokoh wartawan dan bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin.

“Betullah juga. Mana boleh angkat Ismail Sabri atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar) jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan membelakangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pernah jadi TPM?

“Tapi kalau Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bawa masuk Ahmad Zahid dan lantik dia TPM, nama kerajaan tebuk atap PN akan jadi tambah busuk kerana Ahmad Zahid adalah OKT.

“Atau silap-silap Muhyiddin sendiri kena main. Orang lama tentu tahu yang Ahmad Zahid ini cekap dalam permainan politik.Datuk Seri Anwar Ibrahim pun kena main dengan dia,” catat A. Kadir di Facebooknya, hari ini.

Beliau menambah, tapi ada pula orang kata, kalau Ahmad Zahid atau Majlis Tertinggi (MT) UMNO ancam keluar PN selepas darurat dan bertanding pilihan raya umum bersendirian.

Hal demikian kata A. Kadir, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri boleh buat helah lanjutkan darurat.

Katanya, dilihat daripada cara kerajaan PN menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah tidak mustahil kalau darurat juga disambung sesuka hati dari semasa ke semasa sehinggalah Muhyiddin yakin PN cukup kuat untuk menang PRU ke-15.

“Ada pula orang kata, UMNO sendiri tidak lagi yakin sepenuhnya kepada “Kluster Menteri” iaitu ahli-ahli UMNO yang mendapat jawatan dan habuan daripada Muhyiddin dalam Kabinet dan GLC. Konon cerita, mereka ini mungkin “merampas kuasa” dan membawa Muhyiddin balik ke pangkuan UMNO.

“ Bunyi macam cerita dongeng tapi kita kena ingat yang Muhyiddin ini dia tidak keluar UMNO macam Tun Dr Mahathir Mohamad tapi dipecat oleh Datuk Seri Najib Razak kerana bangkitkan isu skandal 1MDB.

“Kita kena ingat juga. Matlamat Bersatu adalah menggantikan UMNO sebagai parti Melayu nombor satu. Tapi bila Muhyiddin singkir Dr Mahathir dan beberapa orang pemimpin asal Bersatu, parti itu jadi lebih lemah dan terpaksa bergantung kepada geng Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari PKR.

“Muhyiddin tentu tahu yang Azmin ini pun kaki main juga. Macam Ahmad Zahid, Azmin pun kenakan Anwar. Jadi Muhyiddin kena selalu pandang kiri kanan depan dan belakang,” jelas beliau.

Susulan itu, menurut A. Kadir secara peribadi beliau amat yakin yang balik semula kepada UMNO adalah antara opsyen dalam kepala Muhyiddin.

Katanya, Muhyiddin tentu sedar kesukaran untuk mengekalkan daya tarikan Bersatu sebagai alternatif kepada UMNO tanpa Dr Mahathir.

“Sebab itulah Muhyiddin tidak luluskan pendaftaran parti baru Dr Mahathir, Pejuang. Lihat sajalah betapa dia dipelekehkan di Johor, negerinya sendiri.

“ Lagi pun dia sendiri telah menyerahkan semua negeri yang dulunya diketuai oleh Bersatu kepada UMNO dan PAS. Jadi Bersatu sebenarnya tidak ada apa-apa lagi selain beberapa kerat budak amatur yang kuat melalak.

“Akhir kalam, saya ulangi sentimen saya iaitu jika UMNO menyingkir atau meminggirkan pemimpin yang bermasalah, khususnya yang telah didapati bersalah atau sedang dibicarakan, dan menggantikan mereka dengan pemimpin yang berwibawa dan muda, ia mempunyai harapan yang cukup cerah untuk kembali menjadi “force” dalam politik Malaysia. – SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat