Sudah 4 Jam, Bomba Masih Cuba Padamkan Api

- Advertisement -

SUNGAI PETANI: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sejak empat jam lalu dilaporkan sedang berusaha memadam kebakaran yang berlaku di ladang kelapa sawit berhampiran SP Saujana, di sini.

Ladang kelapa sawit itu dianggarkan seluas empat hektar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 9.35 malam.

Menurutnya, dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya dan Sungai Petani tiba di lokasi jam 9.41 malam.

“Kami dapati kebakaran itu membabitkan longgokan pokok kelapa sawit yang kemudiannya merebak di ladang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan pemadaman BBP Amanjaya, BBP Sungai Petani dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang hadir ke lokasi mengawal kebakaran dibahagikan kepada tiga sektor iaitu sektor satu menggunakan satu aliran 700 kaki dua pancutan, sektor 2 menggunakan 1 aliran 500 kaki dua pancutan dan sektor tiga menggunakan satu aliran 500 kaki dua pancutan air jentera bomba serta PBS dan water tanker.

Beliau berkata, operasi pemadaman masih diteruskan setakat ini dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

– Harian Metro

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat