Tolak Jemputan KJ, Kit Siang Akan Hadir Jika PM Buat Sidang Media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jemputan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ditolak Penasihat DAP, Lim Kit Siang atas alasan beliau tidak berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya untuk menghadiri sidang media menteri berkenaan hari ini berhubung isu harga vaksin Pfizer’s Covid-19.

Dalam kenyataannya di blognya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana mengundang beliau untuk hadiri ke sidang media tersebut.

“Saya tidak berada di Kuala Lumpur dan tidak akan berada di Putrajaya untuk menghadiri sidang akhbarnya, ini kerana saya percaya bahawa wartawan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan dapat mengendalikan sidang media Khairy dengan baik,” jelasnya.

Kit Siang turut melahirkan harapannya agar Khairy dapat memberitahu rakyat Malaysia tentang perbezaan harga vaksin Covid-19 yang dibeli oleh Malaysia berbanding negara-negara lain seperti Belgium dan Singapura.

Selain itu apa yang lebih penting lagi, katanya, Khairy perlu mengumumkan bahawa vaksin akan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Menurut Kit Siang, beliau akan meluangkan masa jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media atau acara khas untuk mengumumkan strategi dan pendekatan memerangi gelombang ketiga pandemik Covid-19 di negara ini.

“Namun, sekiranya Muhyiddin bersedia untuk mengadakan sidang media atau acara khas untuk mengumumkan bahawa kerajaan akhirnya bersedia untuk mengguna pakai pendekatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan gelombang ketiga pandemik Covid-19, dan mengumumkan langkah-langkah baharu dalam strategi dan pendekatan ini, saya bersedia untuk meluangkan masa untuk menghadiri acara pengumuman tersebut jika dijemput,” katanya.

Kelmarin, Kit Siang mempersoalkan keputusan kerajaan yang memerlukan RM3 bilion untuk mendapatkan vaksin kepada 6.4 juta rakyat Malaysia.

Pemimpin veteran DAP itu membuat perbandingan dengan kenyataan seorang menteri dari Belgium yang mendakwa harga vaksin tersebut 20 kali ganda lebih murah daripada harga sebenar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat