MCMC kaji pelaksanaan ‘Fixed Number Portability’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjemput semua pihak untuk memberikan maklum balas berkenaan kajian pelaksanaan Fixed Number Portability (FNP) yang sedang dijalankan dan berakhir 1 Mac tahun hadapan.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan FNP membolehkan pengguna mengekalkan nombor talian tetap sekiranya hendak bertukar kepada pembekal perkhidmatan baharu, bertukar jenis perkhidmatan atau berpindah ke lokasi baharu.

“FNP dijangka memberi lebih banyak manfaat dan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik.

“Di samping itu, ia juga memberi ruang kepada persaingan yang lebih sihat berdasarkan kualiti perkhidmatan, pakej perkhidmatan dan harga yang berpatutan dalam kalangan pembekal perkhidmatan telekomunikasi,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, MCMC yang sedang menjalankan rundingan awam berhubung kajian berkenaan mengharapkan maklum balas daripada semua pihak agar dapat membantu suruhanjaya itu merangka pelan tindakan yang bersesuaian bagi menjayakan pelaksanaan FNP di Malaysia.

Maklum balas boleh diberikan menerusi e-mel [email protected] dan maklumat lanjut berkenaan kertas rundingan awam itu boleh didapati melalui pautan https://mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Public-Consultation-PaperImplementation-of-FNP-in-Malaysia.pdf.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat