Dah 9 Bulan, PH Masih Gagal Kembalikan Kuasa, Tiada Perkembangan Positif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak dapat disembunyikan lagi Amanah dan DAP kini sudah mula hilang sabar apabila sudah sembilan bulan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk pemerintahan negara namun, tiada usaha untuk Pakatan Harapan (PH) mengembalikan semula kuasa.

Memetik laporan Malaysiakini, seorang pemimpin kanan parti Amanah memberitahu setakat ini tiada sebarang kemajuan yang dilakukan PH dalam usaha mengambil alih semula kerajaan.

“Dah berapa lama dah kita (bersabar), sejak hilang kerajaanlah. Dah berapa bulan dah? Dah sembilan bulan tak ada perkembangan. Itu sahaja.

“Kalau ada kemajuan tak apalah,” katanya kepada portal berkenaan.

Mengulas lanjut, pemimpin kanan Amanah itu menyifatkan “tidak ada apa yang salah” dalam kenyataan Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu pembangkang melakukan anjakan politik baru dengan menyatukan seluruh blok pembangkang.

Selain itu, menurut beliau, tidak timbul langsung soal pertukaran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

“Apa yang Mat Sabu dengan Guan Eng kata itu tak ada salahnya, kita dah habis kata-kata dah, kita dah tak boleh simpan dah, kita dah sabar berapa lama dah.

“Bukan kita kata, kita tak nak Anwar. Tapi kita kata, kita expand (kembangkan barisan pembangkang). Kita bukan kata kita tolak orang ini dan ambil orang lain jadi ketua. Tak ada. Tapi dia orang sensitiflah.

“Kita tak menolak dia dan kita pun tak kata bila nak tambahkan kawan kita nak (Dr Mahathir Mohamad) jadi ketua, tak ada pun. Kita tak sebut pun,” katanya.

Meskipun kurang berpuas hati,namun kedua-dua rakan sekutu PH itu juga tidak pernah berputus asa dengan Anwar yang juga Presiden PKR itu.
“Kita tak tak putus asa (dengan Anwar) dan tak timbul soal kita nak ketepikan dia. Tapi, dia kata dia ada (nombor), tapi masa mengundi apa keputusannya?

“Maknanya nombor yang ada atas kertas tidak menjelmalah, berapa lama dah macam itu? Berapa kali dah kita undi?

“Itu sajalah, saya tak nak komen lebih dari itu nanti dia kata kita ketepikan dia. Tapi, iyalah dia kata ada nombor. Kalau dia boleh (kemukakan nombor) esok, esoklah,” katanya.

Sebelum ini Anwar yang juga pengerusi PH mengumumkan dia memiliki sokongan mencukupi dan kukuh untuk membentuk kerajaan baru menggantikan PN.

Tanpa mendedahkan siapa yang memberikan sokongan itu pengumuman Anwar tersebut membayangkan dia menerima sokongan daripada ahli parlimen Umno.

Dua pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, disebut-sebut sebagai antara ahli Parlimen yang menyokong Anwar.

Namun pemimpin PH menegaskan beberapa kali gabungan itu tidak dapat menerima sokongan daripada ahli Parlimen yang terpalit dengan skandal atau sedang dibicarakan.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, pemimpin kanan Amanah itu juga berkata PH amat memerlukan kerjasama yang lebih luas kini, lebih-lebih lagi selepas pembangkang gagal menyekat Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat pada 16 Disember lalu.

“Pada saya dalam keadaan kita sekarang kita kena banyakkan kawan dan kurangkan musuh. Kita jangan bermusuh dengan orang. Kalau rakan kita dulu pun kita nak bermusuh, susahlah.

“Undian pada bacaan kali ketiga (sebelum ini) pun kita dapat 108, dia (PN) dapat 111. Tipis dan ia menunjukkan orang kita tak lari tapi orang dia (Anwar) tak bertambah.

“Semua sokongan 108, kalau tak ada Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Tun Dr Mahathir Mohamad 92 sahaja.Jadi, itu maksud kita grand coalition itu,” katanya.

Namun, katanya usaha itu dipandang serong rakan sekutunya sehinggakan Mat Sabu kini mula lelah dengan PKR.

“Kita dah bincang banyak kali, Mat Sabu dikata macam-macam. Orang PKR teruk hentam dia, dalam sosial media semua orang tengok gambar Mat Sabu jumpa Mahathir. Tapi gambar Mat Sabu jumpa Anwar dia orang tak kecoh pula.

“Kita faham bila Anwar dan Mahathir tak boleh duduk bersama, jadi Mat Sabu lah yang jadi orang perantara. Berbelas kali, sampai dia dah penat dah tapi itulah orang dok tuduh dia ini orang Tun (Dr Mahathir), kata nak sangat ke Tun (jadi PM).

“Tun nak jumpa dia (Anwar), tapi Anwar yang tak nak. Yang sedihnya Mat Sabu yang kena, Mat Sabu pun kata aku dah tak boleh buat apa dah, ‘habis dah daya aku’,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat