Zahid Cuba Tipu Agong? – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menipu Yang di-Pertuan Agong kononnya 30 ahli Parlimen BN sebulat suara menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata demikian merujuk kenyataan dengan kepala surat BN yang tersebar di media sosial kononnya Zahid mendakwa dan menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat BN pada 22 November dan mesyuarat memutuskan semua 30 ahli Parlimen bersetuju menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Kita sebaliknya dimaklumkan BN memutuskan tidak menyokong mana-mana calon, siapakah yang berbohong di sini?

“Rakyat menuntut penjelasan pemimpin pemimpin BN yang terlibat, khasnya ahli mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” desak bekas Ahli Parlimen Ketereh itu lagi.

Tambah Annuar, jika surat kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan adalah satu percubaan menipu Baginda maka ianya menjadi satu kesalahan yang amat berat.

“Jika surat kepada Agong merupakan satu percubaan menipu makan ianya satu kesalahan yang amat berat dan ia sekali lagi dibuat oleh orang yg sama seperti di lakukan pada Oktober 2020 yakni kononnya semua ahli Parlimen BN ketika itu menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas satu pembohongan.

“Laporan polis patut dibuat agar penyiasatan dibuat atas perbuatan durjana ini terhadap Yang di-Pertuan Agong,” seru beliau.

Annuar malah menggesa rakyat dan ahli Umno juga ahli BN akar umbi supaya bangkit
memperbetulkan kedurjanaan ini jika benar itu yang berlaku.

Dalam surat berkenaan dinyatakan bahawa, Zahid telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa BN telah sebulat suara menyokong untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sekaligus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Patik sukacita memaklumkan bahawa Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan oleh patik sendiri telah bersidang pada 21 November 2022 dan memutuskan serta mempersetujui untuk menjalinkan keriasama dan sokongan kepada Gabungan Parti Politik PH dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan Malaysia pasca PRU15.

“Daripada yang di atas, patik selaku Pengerusi BN dengan rendah dir dan penuh takzim memaklumkan kepada Tuanku bahawa BN bersama-sama dengan 30 orang ahli Dewan Rakyatnya memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Anwar, seorang ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Tambun (P.063) unfuk dinamakan dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Patik lampirkan di sini sesalinan 30 Akuan Bersumpah Penamaan Perdana Menteri Malaysia Ke-10

“Dikesempatan ini, patik juga ingin memaklumkan bahawa apa-apa dokumen bertulis sama ada dalam bentuk surat atau akuan oleh mana-mana 30 ahli Dewan Rakyat daripada parti BN atau daripada parti-parti komponennya yang menamakan seorang ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selain daripada yang di atas adalah tidak sah dan terpakai serta tidak patut dipertimbangkan yang mana ianya tidak mewakili dan menzahirkan keputusan BN,” kata Zahid dalam surat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat