Agong Titah BN Sertai Kerajaan Perpaduan, Kata Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan kesemua 30 ahli parlimen parti itu terlibat dalam kerajaan perpaduan.

Memetik laporan Malaysiakini, Zahid berkata, beliau bersama dua lagi pemimpin tertinggi BN menerima titah tersebut semasa menghadap Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pagi tadi.

Ditanya mengenai sikap berkecuali BN seperti yang dinyatakan beberapa pemimpin parti itu, Ahmad Zahid menjawab: “Tak ada, tak ada… Bukan itu titah tuanku.

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” jelas Zahid.

Selain Zahid, turut menghadap Tuanku ialah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Ketiga-tiga menghadap Tuanku kira-kira jam 10.30 pagi.

Agong semalam menitahkan agar semua 30 ahli parlimen BN untuk hadir di Istana Negara pagi ini untuk ditemu bual secara langsung dalam usaha baginda melantik perdana menteri baru.

Bagaimanapun, menurut Zahid, sesi itu digantikan dengan pertemuan mereka bertiga sahaja yang menghadap Agong.

Susulan titah Agong pagi tadi, Zahid berkata, titah tersebut akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

Berdasarkan surat yang dikeluarkan ibu pejabat parti, mesyuarat MKT Umno dijadual berlangsung pada jam 8 malam ini, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN.

Kredit foto: Utusam

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat