Dakwa Kerajaan PN Tak Sah, Ku Li Umum Tidak Sertai Perbahasan Belanjawan 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tegas mempertahankan pendiriannya untuk tidak mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 memandangkan kesahihan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih belum ditentukan.

Katanya, mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan tanpa memastikan sama ada Perdana Menteri dan jemaah Menteri yang mengisi Kabinet sah atau tidak dalam jawatan mereka akan menjejaskan salah satu prinsip penting Perlembagaan.

“Oleh kerana kesahihan kerajaan kini masih belum ditentukan, saya terikat dengan suara hati dan sumpah jawatan yang telah saya lafazkan. Maka itu saya tidak dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan ini.

“Ketidakabsahan kerajaan akan menghasilkan akibat buruk dalam usaha kita mendukung Perlembagaan dan mempertahankan Kedaultan Undang-undang.

“Ia juga mungkin mengakibatkan penggunaan rasuah politik untuk mengekalkan kuasa dan ini bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya.

Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO menegaskan, setelah meneliti perkara ini beliau berpendapat bahawa pada hakikatnya “rasuah politik” akan menjahamkan sistem demokrasi berperlembagaan tidak ubah seperti ulat yang memusnahkan tunas dan bunga tanpa disedari.

“Pendapat di kalangan orang ramai ialah rasuah politik dan wang akan memusnahkan negara tercinta dan sistem politik kita,” ujarnya.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, pejabat Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menyatakan bahawa surat yang tular di media sosial semalam, bukanlah yang sebenarnya dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun

Tengku Razaleigh menjelaskan kronologi, pada 25 September lalu, beliau mengutus surat kepada Speaker Dewan Rakyat mendesak agar usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Namun, Speaker Dewan Rakyat dalam kiriman balasnya mencadangkan supaya Tengku Razaleigh berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan bagi memastikan usul undi tidak percaya itu dibentangkan.

Menerusi surat terbaharu ini, Tengku Razaleigh menyanggah cadangan yang dikemukakan Azhar itu dengan hujah bahawa Takiyuddin tiada apa-apa peranan dalam menentukan sama ada usul undi tidak percaya boleh dibentang atau tidak.

“Mencadangkan isu sebegitu penting tertakluk kepada persetujuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) adalah tidak mematuhi Perlembagaan dan merupakan pencerobohan terhadap kebebasan dan kemerdekaan Dewan Rakyat daripada segala jemid kawalan oleh Badan Eksekutif,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat