“Ini Bukan Kali Pertama Pavithra Didera”

- Advertisement -

Cyberjaya – Masyarakat India di negara ini menzahirkan sokongan terhadap Youtuber Masakan, S Puvithra yang dilaporkan telah dipukul oleh suaminya.

Thirunavukkarasu Karasu melalui laman Facebook berkata, yakin Puvithra sering di dera suaminya sebelum ini.

“Saya yakin ini bukanlah kali pertama (dia didera), kerana kebanyakkan mangsa dera tidak dipukul dalam satu malam.

“Penderaan berlaku dalam satu proses yang panjang bermula dari penderaan melalui kata-kata sebelum meningkat kepada penderaan fizikal,” katanya sebentar tadi.

Dia seterusnya berkata, ego adalah punca utama terhadap kejadian tersebut sambil menyifatkan tindakan ganas dan arak hanyalah sebagai faktor sampingan.

“Masalah berpunca apabila Pavithra menjadi lebih popular berbanding Sugu. Masyarakat India sering berdepan dengan situasi ini kerana sejak berzaman budaya isteri tidak boleh lebih pandai, lebih popular, mempunyai gaji lebih tinggi berbanding suami telah diamalkan. Isteri perlu dilihat lebih ‘rendah’ dari suami.

“Kerana itu saya telah merasakan bakal berlaku ‘mala petaka’ selepas program pengambaran model kerana dalam masyarakat India adalah menjadi dosa besar sekiranya suami tidak terlibat,” ujarnya lagi.

Kenyataan Thirunavukkarasu itu turut disokong para pelayar media sosial yang menyifatkan sikap dan ego adalah punca terhadap pergaduhan tersebut.

Sehingga kini pandangan Thirunavukkarasu itu telah mendapat 7.7 ribu tanda suka dan menerima 5,464 perkongsian.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mohd Syahrizal Azmi berkata pengiktirafan Ikon Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada Pavithra adalah atas kapasiti beliau sebagai anak kelahiran Ipoh.

“MBI memberi pengiktirafan ini hanya kepada Pavithra seorang kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh manakala suaminya dari Sungai Siput.

“Ia sebagai satu bentuk penghargaan atas usaha dan pencapaiannya sebagai anak kelahiran Ipoh membina kerjaya menerusi bakat dimiliki,” katanya hari ini.

Pasangan tersebut dikatakan bergaduh apabila suaminya dikatakan tidak berpuas hati apabila namanya tidak tercalon untuk menerima anugerah tersebut.

Perselisihan faham itu berlanjutan hingga membawa kepada kejadian pukul di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang itu, tindakan suspek yang berada dalam keadaan mabuk dan memegang sebilah sabit disedari jururawat dan pengawal keselamatan hospital.

Susulan kejadian itu, tiga laporan polis dibuat terhadap lelaki berkenaan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh.

Polis telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama tiga hari bermula semalam bagi siasatan kes di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat