Rakaman Peribadi Instagram, Tik Tok Perlu Lesen Finas Kata Menteri

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata semua bentuk penggambaran perlu mendapatkan lesen dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Menurutnya ia termasuk rakaman peribadi seperti Instagram dan TikTok kerana ia tertakluk di bawah undang-undang berkenaan.

“Penerbit filem, wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media personal yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

“Kita memang galakkan semua orang kecil besar, tua muda, individu atau organisasi untuk mengeluarkan apa-apa jenis filem seperti yang saya petik tadi asalkan ikut undang-undang sedia ada,” katanya ketika Seisi Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Saifuddin Akta Finas merujuk kepada sebarang bahan yang dirakamkan termasuk filem pendek, dokumentari, trailer dan filem iklan.

Untuk mendapatkan lesen bagi pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.

Saiifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH- Kluang) yang mempersoalkan adakah lesen Finas diperlukan untuk media sosial atau tradisional.

Menjawap soalan tambahan, Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang bertanya adakah Youtuber Dustin Pfundheller yang mengeluarkan video bagi membalas dokumentari kontroversi Al-Jazeera mempunyai lesen Finas, Saifuddin berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan jika ada aduan, tindakan akan diambil.

Lesen Finas mencuri tumpuan susulan keputusan kerajaan untuk menyiasat sama ada Al-Jazeera mempunyai lesen untuk menghasilkan dokumentari ataupun tidak.

Ini selepas media yang berpengkalan di Qatar itu yang menerbitkan dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang mendedahkan layanan kerajaan terhadap warga asing tanpa dokumen ketika Malaysia berindak membasmi wabak Covid-19 di negara ini.

Ini mendatangkan kemarahan kepada Putrajaya yang mengecam dokumentari itu dan menyifatkannya sebagai berat sebelah. Pihak polis pula menyoal siasat pemberita yang terlibat dalam dokumentari tersebut sementara Jabatan Imigresen mula memburu warga asing yang ditemu bual dalam video tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat