Mahathir Mahu Tubuh Parti Baru

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan satu lagi parti politik.

Bercakap kepada ChannelNewsAsia(CNA), menurut bekas perdana menteri dua kali itu, langkah itu tersebut diambil sekiranya keputusan mahkamah tidak berpihak kepada beliau dan kumpulannya berhubung penyingkiran mereka dari Bersatu.

“Jika kami digugurkan, kami harus mempertimbangkan kemungkinan untuk menubuhkan parti lain,” katanya.

Dalam kenyataannya kepada CNA, beliau masih belum memutuskan untuk bertanding pada  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sebaliknya, tambah veteran politik berusia 95 tahun itu, beliau bagaimanapun akan memainkan peranan yang besar dalam kempen secara besar-besaran ketika PRU-15 nanti.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan kesihatannya, tambah beliau.

“Itu hal yang belum saya putuskan, tetapi saya akan memainkan peranan sangat bersar dalam berkempen dan lain-lain.

“Jika saya berusia 98 tahun apabila diadakan PRU, sudah tentu akan ada kekangan fizikal, tetapi jika saya sihat, saya akan berikan sebanyak mungkin sokongan yang dapat,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos sebagai tarikh keputusan mengenai permohonan Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetepikan saman dikemukakan Mahathir serta empat yang lain.

Sebelum ini Mahathir dan penyokong setia beliau memohon untuk mencabar keputusan Bersatu menyingkirkan mereka daripada parti berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat