Bukan hobi kosong

- Advertisement -

INDUSTRI pembangunan permainan sudah banyak berubah malah ia sudah mencipta satu segmen baharu yang dikenali sebagai ‘eSport’ atau ‘eSukan’ sekali gus melahirkan ramai pemain profesional bertaraf jutawan.

Tidak dapat dinafikan, pembangunan permainan juga turut menyumbang kepada pendapatan sesebuah negara hasil daripada penjualan permainan, kandungan permainan, koleksi kosmetik di dalam permainan dan banyak lagi.

Rekod tahun lalu juga memperlihatkan bahawa ‘gamers’ tempatan berbelanja sekitar RM2.7 bilion untuk pembelian judul permainan serta beberapa kandungan berbayar termasuk ‘gems’

Jumlah besar itu dilihat meningkat berbanding 2019 apabila dilaporkan pembelian untuk segmen sama direkodkan sekitar RM2.5 bilion dan peningkatan itu berkait rapat dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini sejak dua tahun lalu.

Keadaan berkenaan memberikan isyarat paling jelas bahawa segmen permainan akan terus berkembang seiring dengan teknologi semasa dan ia bukan mengejutkan jika menjadi salah satu pendapatan kepada sesebuah negara.

 

 

Infrastruktur latihan dan pembangunan seharusnya dimulakan bermula daripada sekarang untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang baharu ini.

Ia menjadikan negara sebagai salah satu ‘lubuk keuntungan’ pembangunan permainan untuk rantau Asia Tenggara dan kebanyakan pembelian dibuat menerusi tawaran kosmetik sesebuah judul permainan.

Pembelian berkenaan termasuk judul baharu permainan, pembelian kosmetik seperti ‘power up’ serta karektor unik malah pelbagai jenis pembelian di dalam permainan.

Malah, wujud ‘gamers’ tegar yang sanggup berbelanja ribuan ringgit sebulan semata-mata untuk membeli ‘keperluan permainan’ mereka.

Jika melihat kepada skop potensi ekonomi yang lebih besar, industri permainan menjana keuntungan sekitar RM770 bilion dan angka itu akan terus meningkat setiap tahun.

 

KEBANYAKAN pembangun permainan mengambil langkah untuk mencipta permainan secara sekuel untuk mewujudkan 'fan base'.
KEBANYAKAN pembangun permainan mengambil langkah untuk mencipta permainan secara sekuel untuk mewujudkan ‘fan base’.

 

Laporan daripada Newzoo menyatakan bahawa rekod keuntungan untuk industri permainan itu akan mencecah lebih RM800 bilion pada 2023 dan lebih separuh daripada industri berkenaan disumbangkan oleh segmen permainan mudah alih atau ‘mobile gaming’.

Menerusi segmen permainan mudah alih itu, beberapa judul yang sering mendapat perhatian adalah PUBG Mobile, Mobile Legends dan beberapa judul lain merekodkan pembelian di dalam permainan paling tinggi berbanding segmen permainan konvensional yang menggunakan desktop atau laptop.

Pada tahun lalu, permainan mudah alih merekodkan keuntungan RM338 bilion iaitu 12 peratus peningkatan dengan jumlah pengguna lebih 2 bilion.

Jika dulu, segmen permainan ini kekal sebagai segmen hobi seseorang, namun kini, ia sudah bertukar menjadi industri yang menjanjikan pulangan pendapatan lumayan.

 

INDUSTRI ini bakal menjadi salah satu cabang ekonomi baharu untuk sesebuah negara.
INDUSTRI ini bakal menjadi salah satu cabang ekonomi baharu untuk sesebuah negara.

 

Keadaan itu juga banyak mendorong penerbit permainan bertaraf dunia seperti Ubisoft untuk menghasilkan kandungan permainan baharu secara berkala untuk mengekalkan momentum mereka.

Pembangun permainan pula lebih cenderung untuk menghasilkan permainan bersifat sekuel iaitu sambungan untuk mencipta ‘fan base’ mereka sendiri sekali gus pendapatan yang lebih baik.

Kemajuan segmen perkakas khususnya untuk platform konvensional seperti desktop mencipta lebih banyak ruang bagi pembangun permainan menghasilkan sesebuah judul dengan tahap realistik yang lebih baik.

Industri permainan mudah alih juga sudah jauh berubah apabila perkakas unit pemproses grafik (GPU) untuk peranti pintar ini sudah maju dan mampu menghasilkan kesan grafik yang baik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat